Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Thursday, November 18, 2010

Mini Jamboree Bukit Kapar

Mini Jamboree Bukit Kapar 14 November 2010 menyediakan 10 medal untuk pemenang no 1-10 dan juga 10 cabutan bertuah. Oleh kerana medal sikit maka tidak diwar-warkan sangat kat internet supaya tak ramai yang datang...hihihi mudah sikit menang..... (angan-angan)


tengok..... walaupun mini jamboree siap ada baloon climbing lagi tu...khas untuk para rider yang gian nak climb gunung dan yang kalah !!! Bleh lepaskan geram dengan naik benda alah nie. Dah sampai atas lepas kan tangan...yahoo!!!! So mana-mana penganjur yang akan mengadakan jamboree bleh contohi Speed Ontell yang menganjurkan jamboree nie. Cayalah bro!!!


anak-anak dimasukkan kat sini semasa kayuhan.... dorang leka bermain sementara mak bapak kayuh... insyaAllah selamat....


anak bekas jaguh basikal selangor...anak Wark Husin, antara rider cilik harapan negara .... siap dengan beg air....



tengah kayuh aku jumpa akak nie... "akak memang tengok orang kayuh basikal ke" depa jawab "ya" So aku pun snap la gambar penonton nie sebagai menghargai dan menyokong aktiviti kayuhan... Baby kecik pun di bawa agar menjadi rider tegar !!!

tak lupa penonton yang nie... manalah tahu time raya korban ia turut terkorban....

mula kayuh aku kat depan sekali so agak-agak pancit aku stop dan ambil gambar rider. Yang depan sekalinielah juara nombor 1, yang belakang baju hitam no 3 dan yang baju biru (Arel SOT) dapat no 2. yang seluar merah tu dapat nombor 12 sebab tersesat jalan katanya.... kasihan.....


Cik da yang mantop kayuhannya...aku tanya dia Cik tu tanda belum kahwin ke atau memang nama "cik". Dia jawab "penting ke" hahahhhahahah..... apa nak jawab ye...


yang nie plak "Cik Ida" memang sah dia belum kahwin !!! semangat tinggi dan relaks je.


Saudara Hong dari Setia Alam... walaupun kabel RD dia tercabut masih sempat senyum ....


Lagi satu - walaupun namanya mini jamboree tapi ianya tetap antarabangsa iaitu dengan penglibatan rider daripada Australia. Tapi dia Islam bro.... namanya Mustafa.


Oleh kerana Pengacara Majlis kata ini kayuhan santai...maka akupun kayuh santai bersama ida dan sweeper hahahah first time jamboree kayuh kat belakang sekali !!!! Confirm tak menang, kecuali ada hadiah rider paling akhir sampai seperti di Kuala Lipis Jamboree.

Nama tempat nie Bukit Sayur sebab ada sayur tanam....


Pro Jinggo Haluan Kiri - sampai sekarang aku tak faham kenapa dia pilih haluan kiri !!! kenapa tak pilih haluan depan ka, haluan belakang ka, haluan atas ka ???


Tamat je jamboree kami kena kumpul di bawah naungan matahari semasa sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang.... mak datok paneh nya....


inilah akibatnya kesan jamboree..... lengan ku yang putih melepak telah berbelak putih hitam !!!



BEST - jamboree memang best walaupun Mini. Inilah wajah-wajah keriangan para peserta.....Semoga berjumpa lagi di Jamboree Hulu Bernam.

2 comments:

  1. jamboree hulu bernam?
    wahh...kat tempat saya tuh en.nahar =)
    teringin nak join tapi kat sini ade ke?
    tak tau lak...
    harge basikal tu berape eh?

    ReplyDelete
  2. Thank you bicivoladores.... i visited your blog already but i cant understand the language...

    ReplyDelete