Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Tuesday, February 2, 2010

Layan Frim Lagi

Kuala Selangor Cycling Club pada masa ini ada 2 singkatan dlm blog aku aku tulis KSCC dan dlm blog sifu lak KUSCYC. Sebenarnya aku banyak gak combine nama cuba-cuba yang mana satu menarik...antaranya adalah KUSAC (Kuala Selangor Activity Cycling), KUSACC (Kuala Selangor Activity Cyling Club), KUSANG (Kuala Selangor Aktiviti Naik Gerek), KUSC (Kuala Selangor Cycling), KUSBAK (Kuala Selangor Basikal Kelab), AKSEC ( Activity Kuala Selangor Cyling) AKSEB (Aktiviti Kuala Selangor Basikal), KABKUS (Kayuh Basikal Kuala Selangor), GEKUS (Gerek Kuala Selangor), CAKUS (Cycle Activity Kuala Selangor), KUSKABAK (Kuala Selangor Kayuh Basikal Kelab), KEBKUS (Kelab Basikal Kuala Selangor), KABDIKS (Kayuh Basikal Di Kuala Selangor)... entahla...tulis nie saje saje je nak bagitahu hang pa....kalau ada idea menarik bagi la k... kelab baru katakan...

Oklah pada 30 Jan 2010, KSCC berpecah dua . Sifu ajak kayuhan KEMBAS (Kembara Basikal bersama Haris Kelolo) tapi aku, abg Zul, Aboy n Hisyam tak berani sahut cabaran ini....sebab kami ada mtb je..dorang ada roadbike (alasan la tu) so kami pi layan Frim lagi dan lagi...


Inilah aksi Abg Zul ketika naik Bukit Streoid.. kali ini kata beliau tak nolak..hahahah baguih ada perkembangan...

Hasil tanpa tolak basikal...inilah dia setelah tiba di puncak

haaa.... lega rasanya bila dah berjaya...

yang nie plak zam zam dari PKNS kami jumpa masa mendaki..dia dua orang... tapi mak oiii...laju betul dia daki bukit... macam kayuh kat tempat datar je....

Setelah daki Bukit Streoid kami daki Ellipad... bukit yang digeruni oleh orang ramai... bila dah daki tak lah teruk sangat..sebab zam dan aku bleh daki tanpa tolak (eksyen la tu!!!)...

tapi gambar atas nie paling best...sikap yang harus dipuji..aboy telah tolong sorong basikal Hisyam... tahniah aboy..satu sikap yang sukar diikuti...

Ketika di puncak ellipad

aku jumpa dengan ulat gonggok sebesar jari tangan...paling besar pernah aku jumpa di dunia ini. Sebelahnya ada ular..alhamdulillah ular tu tak patuk aku masa aku snap gambar nie.. dia lari ke semak sebelah je... kecut gak perut..dek asyik nak tangkap gambar gonggok..ular kat sebelah pun tak nampak.

permandangan di puncak ellipad (ejaan tak pasti betul ke tak..aku dengar dorang kata ellipad.. munkin Helli Pad ke...eliped ke.. )

Turun bawah jumpa 2 orang lagi dari PKNS...So untuk memori..dari kanan..
En. Azhar, Abd Zul, Aku, Aboy, Hisyam, En. Zul Hadi, En. Shahrom, dan En. Zam

Aksi di single trail.. ada yang merungut "masuk kena bayar tol RM3.00 pokok ni pun dorang tak potong ke..dah berbulan nie"... ala orang Frim tak naik basikal.. mana dorang nampak pokok tumbang da..

yang handsome n cun nie lak dari Gaza Palestine.. gambar memang bagi nampak separuh sebab..hihihi ada yang nampak perut ke depan da...

Selalu lalu tak nampak Menara KL dan KLCC..tapi kali ni cuaca cerah..dan nampak dengan jelas.

Aksi downhill terakhir sebelum sampai ke Sg Buluh..Abg Zul telah terjatuh kerana terlanggar lopak lubang..tapi dia tersenyum riang sebab baju n seluar dia tak koyak !!!!

... macam biasa la brader..bila dah kayuh pekena kat gerai la.... c u next....

No comments:

Post a Comment