Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Tuesday, January 4, 2011

Terrace Downhill Tasek Puteri

Penat Jamboree Bernam Jaya rasanya begitu lambat nak hilang.... hampir sebulan ku tak kayuh basikal...bila bini tanya kenapa tak kayuh bang....aku jawab penat masih tak hilang....

Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang tak kayuh...Saudara Azam juga begitu. Oleh itu apabila pelawaan untuk kayuh di Tasek Puteri bersama ARB...penat tak penat...ku sahut cabaran itu....

Maka KSCC yang diwakili oleh Cikgu Saie, Abg Zul, Aku dan Azam menyahut kayuhan bersama ARB.....yahoooo....


Tanggal 2 Januari 2010, kumpul seawal jam 7:30 pagi dan tayar golek melepasi jam 8:30 pagi... baru je peluh nak keluar, Chief kayuhan Bro Rahim telah mendapat peminat yang sayang basikalnya. Habis dipeluk erat seolah-olah tak mahu berpisah....Akibatnya basikal beliau tak boleh nak bergerak lagi....
\

Operasi menyelamat dan melihat menjadi hangat bingit...


Akhirnya setelah bertungkus lumut anggaran 20 minit berjaya juga peminat itu melepaskan pelukannya. Itupun setelah diugut oleh pisau-pisau yang diacu oleh Cikgu Saie dan wakil ARB.

Walaubagaimanapun episod itu tak berakhir noktah. Sebuah basikal lagi membuat operasi membuang dan memotong rantai agar lebih pendek dan sesuai. Anggaran setengah jam kami berehat.....


adik comel nie baru je Tahun 4 (Darjah 4 kalau zaman kami dulu) tapi kayuh punyalah semangat....tahniah...


Rupa-rupanya di Tasek Puteri ni banyak tempat dihidangkan dengan Terrace Downhill...aku jamin kalau si Zaidi, Zainudin, Ilham dan Mat Rozi akan puas kayuh jika mereka datang ke sini... tapi takpa bro...next time kita layan lagi...


yang tak mahir downhill silap-silap cium pokok...


tapi yang mahir macam Bro Rahim nie...kacang je... dia kata kalau downhill umur dia jadi 20 tahun !!! cayalah...


kayuhan diteruskan dengan melalui pinggiran lebuhraya yang masih dalam pembinaan


Bila bergambar di sini teringat kat Bukit Ramli...


yang kuat akan mengambil gambar di atas puncak batu....


Disamping kayuh aku tak lepaskan peluang mengambil gambar keindahan alam....


buah kelapa sawit... Ingatan kepada semua rider, pi jamboree jika malas bawa minyak Singer...bawalah biji kelapa sawit nie...letak kat rantai dan pusingkan rantai itu...ianya akan membuang debu-debu di rantai dan memberi minyak kepada rantai anda..


Real Downhill .. pehhh sekali tengok dari atas aku dah kecut...maklumlah penuh batu-batu silap haribulan muka aku tersemban dek batu.....tapi alhamdulillah selamat...


Antara kelebihan kayuhan di Tasek Puteri adalah anda akan jumpa banyak tasek atau seangkatan dengannya iaitu kolam. Banyak memang banyak...mungkin sebab itu dinamakan Tasek Puteri... yang pasti puteri memang saya tak jumpa huhuhu....


Jam dah 12:15, ramai rider telah kehabisan air termasuk aku. Ramai rider juga telah buat keputusan chicken loop oleh sebab yang tak dapat dielakkan.... Inilah jelah yang tinggal dariapda 19 orang sewaktu mula kayuhan...

s

Sebelum tamat kami dihidangkan dengan laluan single trail yang masih dara (semak). Patutlah Bro Rahim pakai baju lengan panjang...ada sebab rupanya...

yang berbaju lengan pendek, inilah akibatnya..calar balar.. Pehhhh masa tu pedih betul.... sabar jelah...


Akhirnya dalam jam 12:40 tengahari kami telah tiba.... Seperti biasa suami mithali akan memberi laporan kepada isteri tercinta tanda telah habis kayuh dan selamat....


Gerai telah diserbu oleh rider.....aaaahhhhh nikmatnya dapat air setelah berada dipinggir kehausan melampau.....


dan kembali ke tempat berkumpul....ini kes kunci tertinggal ke atau q nak pi tandas ???


Kenderaan rasmi ARB yang bleh memuatkan 11 basikal jika nak pi kemana-mana.
So kepada rider yang lain...kalau ingin pi kedai ni datang lah ke alamat 31-G Jalan Hijau 5/3, Green Valley, Bandar Tasek Puteri, Rawang, Selangor.

Maklumat lanjut mengenai ARB layari http://www.arbteam.blogspot.com/

3 comments:

  1. wahh...semangat betul en.nahar nieh.
    semua port mmg mencabarlah kan =)

    ReplyDelete
  2. Bila lagi rose nak join.... beli la basikal sebiji n join...

    ReplyDelete
  3. steady r cik nahar...bru mude camni...hahhahaha

    ReplyDelete