24 Julai 2011 Jambore yang bakal menyaksikan kayuhan paling jauh offroad. Peserta lebih 1500 kerana semuanya bermimpikan akan mendapat frame Specialize !!!
KSCC menghantar wakil seramai 4 orang. Aman dan Azam bertolak seawal jam 5:00 pagi. Saya dan Zainuddin bertolak jam 5:30 pagi.
Tiba je dah jam 7:40, siap je nak pi tempat permulaan rider lain dah berlepas. Tapi masuk baru 100 meter road dah masuk off road. Apalagi jalan jam teruk.
First time dalam sejarah Jamboree aku jumpa budak darjah 3 !!!
ada yang jalan cari jalan pintas jauh ...susah payah angkat basikal..
lepas je hiking jalan rata... turut jam juga....
baru masuk jalan besar jumpa jalan kecil...jam lagi... 1 jam telah berlalu. Distance baru 10 km!!! Jalan bakal ditempuh 50 km lagi !!!
Selamat daripada jam rider memecut...tiba tiba ramai-ramai patah balik. Rupanya tersesat jalan. Emmm jamboree nie seakan hash...letak kertas merah sikit je... itupun dah lepas simpang. Nasib la kalau tersesat. Rata-rata rider memang sesat jalan. Ada yang sampai 5 km. Kalau tak simpang di sini. Simpang di tempat lain.
lalu kawasan air...turut memperlahankan rider...
apatah lagi terjumpa longgokan demi longgokan durian. Makin perlahanlah kayuhan. Mana tahan... tanya berapa sekilo bang? 1 kg - RM1.00. Murahnya... tapi semuanie dah orang beli...huhuhu melepas...
pujuk punya pujuk abang nie bagi sebiji durian free... apalagi kopek la..
dan makannnnn..... rider-rider yang lalu kami ajak makan juga. Tapi depa semua tak berhenti. Alhamdulillah depa tak berhenti. Kalau berhenti kurang durian kami ahak ahak...
Rasa durian nie memang power...marveloussss...
anak-anak orang asli...memberi sokongan.
Kayuhan diteruskan...jumpa anak sungai. Nak jaga kaki agar kasut tak basah, maka kayuhlah juga. Selamat kasut.
jumpa lagi yang lain...kasut selamat juga daripada basah..walaupun lecak
rider kayuh beb yang bernama Apex ??
jumpa lagi anak sungai...kasut selamat lagi sebab ada jambatan walaupun jambatan nie dah reput....kiri kanan nampak paku terpacak !!!
lega sikit....
oppp jam lagi. kali nie tanah pulak runtuh...
hampir berjaya melepasinya...
tapi kalau tak berjaya juga nasibla bro....mandi lumpur la...
destinasi diteruskan....jumpa pulak sungai....kali nie rider yang kasut kering selamat daripada basah dan lumpur dah tak boleh mengelak lagi.
berendam je la kasut tu...
tapi basikal ketawa keriangan sebab dapat mandi..
sejuk betul air nya...rasa nak terjun je...
berjalan dalam sungai la gamaknya kita..
dan angkut basikal...
dan angkut basikal lagi...tanah runtuh...
ada yang berbulu panjang...
ada juga yang tak de bulu...
SELINGAN 2
macam biasa aksi tidur adalah aksi yang menarik....
tapi yang nie hanya satu je dalam sejarah. Iaitu tidur di bawah terik matahari. Yang peliknya tu adik nie bleh tidur sampai matahari redup (petang). Punyalah lena.
Sambungan.....
cek point pertama dah lepas....kini sudah menghampir cek point kedua...jalan jam lagi...apalagi ambik kesempatan bergambar dengan amoi dari Bukit Rahman Putra....lupalak tanya nama.
badan dah habis tenaga...kena angkat basikal lagi...pergghh
dan akhirnya jumpa gak dengan cek point 2. Masa dah menunjukkan jam 12:30 tghri. Rider singapura nie agak-agak isi air apa tu yea... warna hijau.
sapa lagi melecet atau luka. Adik darjah 5 dari St John nie sedia membantu. Ada rider dapat urut....sukanya dia !!! sapa tu...rahsia
Seat post rider KSCC yang patah (Aman punya lah)
kat sini dah lapar...ada karipap dalam bungkusan. Tapi puas mintak..tapi urusetia tak bagi da...huhuhu
info stage. Kat sini rider ditunjukkan bahawa sapa masuk stage 3 akan jumpa dengan bukit setinggi 230 meter. Ada sanggup ?
Ramai rider tak sanggup termasuklah kami... kami ikut chicken run iaitu road sejauh 15 km.
dan akhirnya tiba di penamat pada jam 1:30 tengahari. Di sini kami tidak dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap seperti di Muar Pagoh Jamboree. Hanya karipap je.... huhuhu
dan maggie dan air real power ? Nasi tak da ma...
SELINGAN 3 : AKSI MANDI
Inilah kelebihan PCC...rider disediakan fountain untuk mandi...
(sebenarnya dilarang mandi tapi rider buat dek je)
siap basuh basikal lagi tu...
dan menunjukkan aksi ISTIMEWA...
cabutan bertuah pada jam 4:00 petang... Aman dapat tayar...
dan rider lain berputih mata je bila hadiah idaman terlepas....aduhaiiii
maka baliklah rider...kami balik lewat sikit. Rupanya jalan jam teruk sebab rider balik serentak. Nak sampai trafik light kat Semenyih pun memakan masa sejam !!!!
Akhir kata terima kasih kepada penganjur yang hebat. Mereka telah sediakan hadiah yang mahal-mahal cuma kami je tak dapat huhuhuh....