Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Melaka telah dijelajahi. Kini destinasi baru iaitu Johor Darul Takzim. Negeri suka duka ku zaman persekolahan di Maktab Sultan Abu Bakar bersama Asrama Semai Bakti Johor Bahru.
17 Julai 2011 mengisi kekosongan dengan menyertai Muar-Pagoh Challenge Jamboree. Hajat dan cita-cita ingin mengulangi kejayaan di Bernam Jaya iaitu menduduki tangga ke 98 daripada 800 orang lebih yang hadir.....
Inilah dia lambang IKBN Pagoh. Ramai gak rider yang angkat basikal untuk mengabadikan gambar kenang-kenangan....
Goodies yang diterima...ada kelainan kali ini kerana kami dapat serunding dan air kopi. Cuma gula je takda, penganjur fikir rider selalu minum kopi tanpa gula kot! . Macam biasa malam kami beli roti. Sarapan pagi roti cecah serunding dan air kopi TANPA gula ma... tapi terpaksa minum gak sebab itu je ada hahahah....
Ilham dan Zaidi tak sabar-sabar ...pagi-pagi dah sampai...jeling sapa tu..
yang ini ke....Sal (guru seni bina) dan the only female rider from KSCC Ida....
Aku terkagum dengan kehadiran budak darjah 5 nie.... power betul...
Dalam jadual start kayuh jam 8:00 pagi tapi oleh kerana ada hal kot..maka start kayuh jam 8:30 pagi. Kami dihidangkan dengan kayuhan mendatar... apa lagi rider-rider memecut laju tanpa belas ehsan...
Anggaran 10 km lebih mula lah episod sebenar Muar-Pagoh !!!! iaitu sesi mendaki dan menolak...
tolakkkkkkkkkk.......
tak larat tolak lepak dulu....
then tolak lagi....
sampai kat dalam single track pun kena tolak aduhaiiii
bisa muntah-muntah gitu....
akibatnya.....
tumbang di penamat.....kasihan...sedih pun ada gak. Tapi nak buat camner...inilah asam garam jamboree...
yang nie lak...apa kes bro....jatuh basikal gak ke...
yang berjaya senyum je....
dapat medal gold lagi 1-100...huhuhu aku tak dapat...
101 - 200 dapat silver...dan 201 - 300 dapat bronze...wakil KSCC hanya sorang je dapat medal itupun gangsa ...iaitu Aman dapat no 216. Tahniah bro...kalau tak dapat malu KSCC....
yang aku dapat ....makan yang sedap-sedap ....
kuih kegemaran...
yang nie tak tahulak namanya....tapi sedap gak..
karipap yang menyelerakan...
yang nie pun sedapp....
apatah lagi kuih koci...sedapppp
dan donut....cuma jangan termakan lalat dah la ye...berhati-hati ketika makan tau...
gadis Red Bull....ingat kat Litar je ke ada gadis....
Cikgu Saie dan Cikgu Zul....tak lepaskan peluang melepaskan dahaga dengan Red Bull ....
sampai Cikgu Saie terlupa bahawa semua orang yang tamat akan menang cabutan bertuah sebaik sahaja tamat.... ada yang dapat pemegang air, ada yang dapat klip rantai dsb...terima kasih penganjur...
Dijamboree ini ramai photograher....rupanya depa nie business
manyak laku wooo.... tahniah atas kreativiti anda...inilah dia namanya usahawan. Capai segala peluang ditempat yang betul.
Sementar menunggu semua rider tamat kayuh, Geng Jasin berkelah di depan Masjid. Aku lalu n ambil gambar, Abg Jai (tokey Jasin Jamboree dan Lipis Jamboree) sampai tak sedar, punyalah meriah... apa apahal hapi bro...
Geng KSCC lak menunggu di bawah garisan penamat penuh sabar kehadiran rider KSCC yang tak sampai...manalah tau kalau kalau ada yang naik lori....siap ada 3 kamera lagi tu....
ni dia lori sampai..... tapi hampa sebab takda rider KSCC. Kalau ada maka ianya akan dijadikan STORY OF THE YEAR.... rupa-rupanya yang lambat sampai dah pi tidoq kat rumah tamu IKBN hahahah melepas geng yang menunggu....
melepas juga cabutan bertuah nie....
tapi yang pasti....Mee Kari Muar tidak dilepaskan....power pedas dan ada ummmph....
Terimakasih kepada penganjur kerana bersusah payah menganjurkan jamboree ini. Walaupun sebenarnya aku sedih tak dapat bawa pulang medal.... aku nak bawa balik !!! aku tak makan kuih yang sedap tu pun takpa janji dapat medal. huhuhuhu tak bertambah koleksi medal aku.....
Berjumpa lagi di PCC Jamboree di Broga pada 24 Julai 2011...
Terimaksih informasinya
ReplyDelete