Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Monday, February 22, 2010

Seri Iskandar MTB Exploration ujian mental dan fizikal

Inilah kali pertama aku menyertai Jamboree Basikal. Aku, Cikgu As'ari, Cikgu Ahmad Nasir, Cikgu Sa'i telah mewakili KUSCYC ke Seri Iskandar MTB Exploration pada 21 Februari 2010, yang lain tak dapat menyertainya. Aboy baru je balik dari mendaki gunung Tahan - tahniah kerana berjaya daki, Cikgu Nasir kaki krem, En. Zul pula kena pi kursus. Life must goes on.


Banner yang tersergam megah

tempat penginapan kami bersama Kakikayuh. Gambar2 kaki kayuh tak dimasukkan kerana sensored (kebanyakkan tak pakai baju da...)

Penantian untuk mengambil goodies... alhamdulillah kami semak goodies yang diterima sebab semua beg goodies kami tidak mengandungi jersey!! apa lagi sifu kami masuk balik n minta jersey...
pekena teh o laici. First time rasa..

Inilah suasana jamboree rupanya.. malam dah dekat kul 12 malam pun kedai runcit berdekatan penuh dengan rider membeli barang.. tengok sampai berpusing barisan untuk membayar...

Goodies yang diterima...jersey, kotak mrcb beserta buah limau, biskut cloud 9, coklat batang budak2, mug UTP, beg biru, pamplet UTP, air minum, nombor aku 460 dan aturcara majlis. Bekalan aku yang first time ni...Power Bar, Power Gel, Power Kurma, air oksigen...

adik Alysha Abass binti Mohd Haikal bersama adiknya Aiman dari KL...ditemuramah oleh TV2

Wajah-wajah rider yang ingin menang...

(dibelakang) Cikgu As'ari ditemuramah oleh TV2, tersenyum je.. kami kat depan frust .. kenapa la tak interview kami.....dia kata Jumaat 27hb Februari nie masuk TV2 siaran 321 Go.... kengkawan jangan lupa tengok tau....

Acara bermula dengan onroad sejauh 5 km..

Jem bermula bila masuk offroad...

hingga jalan rata pun terpaksa nolak...

Selingan 1
dan SESI PANCIT basikalpun bermula.... aduhaiii ada brader tu pancit sampai 2 kali, akupun jual tiub aku pada dia.... kasihan....

pancit 1.... pancit 2

pancit 3 (pancit kali pertama)...pancit 4 (ini pancit kali ke-2)

pancit 5.... pancit 6

pancit 7...pancit 8
pancit 9

lihatlah gambar2 di atas...peringatan kita bersama bawalah tiub, alat buka tayar dan belajar buka tayar... bila time-time macam nie orang susah nak tolong...nafsi nafsi

diteruskan............

yang nie pulak..baru kayuh basikal dah tercicir botol air...nasib baik banyak cek point yang sediakan air kalau tak merana badan....


pekerja ladang...

permulaan yang menyeronokkan...

ditambah dengan para penonton yang masuk secara percuma...

budak kecik pun kayuh !!! hebat...

pehhhhh benda untuk orang kaya....regenya dekat RM1k !! tapi bunyinya buat orang bikin nak tengok basikal....kalau aku pakai benda nie..pasti setiap kayuh adalah dengan perasaan bangga...bangga...bangga.... hahahahah tapi apa nak buat..tak mampu...

..brader yang bernasib malang...absorber pun boleh tertanggal...

tengok bukit tu..sayup je...tengok je ramai rider dah lemah semangat untuk daki dan terpaksa tolak basikal...tapi aku berjaya daki sampai ke puncak...(mula-mula bleh la, tenaga banyak lagi)...

pokok ni jadi peneduh untuk CP2. ma cih pokok

bergambar dengan atuk yang berumur 69 tahun..cayalah...

satu-satunya brader yang kayuh basikal roadbike !!! ish ish ish... orang macam ni pun ada...

pemandangan dari CP2

cantik kan !!


kemudian downhill yang mengerunkan


banyak longkang ketika downhill... akibatnya akupunya penutup air telah terbang. Bila dicari-cari ada dicelah kelapa sawit !!!... tiga kali penutup ini terbang sebab terdapat longkang ketika downhill... so sesapa yang pakai T-bolt memang tak sesuai pakai botol air...pakai je la beg air... selamat

CP 3..diberi bekalan sebiji apple dan 100+, ma cih..

gambar CP2 diambil selepas CP3...kelihatan masih ada rider yang baru nak turun CP2...


cadang nak downhill...tapi kasihan basikal maka terpaksa brader nie pikul...

ingat kan jumpa jalan raya dah tamat rupa-rupanya memang disediakan untuk yang tak larat..sesapa yang sampai tempat ini selepas jam 12:00 tengahari tidak dibenarkan ke CP4, terus kayuh ikut jalan raya ke penamat.... saya sampai jam11:30 pagi tapi brader yang jaga tu offer supaya ikut jalan raya... saya kata "bang..datang dari jauh nie... kalau ikut jalan raya apa nak bagi repot kat bini !!! tak larat pun saya tetap nak kayuh sampai habis"....


inilah dia permulaan ke CP4...HUTAN DARA

Selingan 2
Di bawah 2 gambar selepas kemalangan yang sempat dirakam

kat tempat nie brader tu kata dah 4 orang terbungkang...so sorang jadi jaga tahan orang supaya tak kayuh di tempat ini... kasihan brader yang jatuh nie...apa-apahal pun basikal harus diteliti...mahal bebbbbb

kakak dari Kulim..datang 1 bas...berguling terjatuh ketika downhill...sampai fobia nak turun bukit... jangan serik kak yea... suami ada tunggu kat depan...

Selingan 3
Gambar di bawah AKSI-AKSI KEPENATAN MELAMPAU... ada yang sampai je terus campak basikal... tak sayang ke bro dengan basikal tu...dah la letih bawak korang..kena campak la pulak... ish ish ishhhhh.....

brader yang baik hati, tolong tolak basikal gadis berbaju kuning (anak dia da...)

Bro...tak takut tergolek masuk longkang ke..

siap dengkur lagi tu....

dah nak pitam...

diteruskan............

.... kawasan balak..

motorcross standby


lihatlah bukitnya...Pajero pun tak bleh daki.. kalau ada kuli sanggup jadi tukang tolak dah aku bayar RM1.00 untuk tolak basikal aku ke atas...

...daki dan daki...

...terus mendaki...kat sini brader motorcross tu cakap...ini bukit yang terakhir, lepas ni turun..lepas tu ada bukit sikit dan kemudian dah tak de bukit..sampai UTP....

tapi harapan itu tak menjadi kenyataan..sebab memang banyak bukit lagi harus di daki..aduhai..tula orang suruh duduk kat rumah tengok tv yang hangpa join jamboree kenapa... tanggung je la akibatnya.....air dah tak disediakan...sedihnya..

dah lega...depan nie UTP

Masjid UTP yang indah dikelilingi air

juga bangunanya

juga....gadis dan teruna yang menyambut aku macam YB... siap tolong basuh basikal aku lagi... terima kasih to you all....

berjaya ke penamat. Dapat medal seperti yang dijanjikan penganjur..
Cikgu Saie dapat nombor 141, Cikgu Shaari 196 dan aku 359. Walaupun angkanya besar tapi aku berjaya mengalahkan lebih 400 orang peserta !!! (saje nak sedapkan hati hahahah)

Pasukan Kayuhbeb yang terkenal... aku berjaya potong beberapa orang daripada kayuhbeb nie... rasa bangga lak bila dapat potong kayuhbeb nie.....

cabutan bertuah.. berpuluh cabutan bertuah termasuk 3 frame

basikal giant


dan.....kambing........................ kalau kami dapat kambing nie, ianya terpaksa dikorbankan..takut berak dalam keta da...

orang bertuah yang berjaya dapat hadiah basikal...

dan...muka-muka frust dari KUSCYC yang tak berjaya mendapat sebarang cabutan bertuah...

juga muka-muka frust daripada kayuhbeb sebab dorangpun tak dapat satupun hadiah juga... KITA SERUPA...(lagu zainal abidin)

inilah kebanggaan aku... cadang nak buat sijil print sendiri...tapi fikir-fikir sapa lak nak tandatangan... kepada penganjur selepas nie...tolong la buat sijil..bleh aku buat koleksi sijil jamboree..

dan akhir sekali tahniah kepada penganjur Seri Iskandar MTB Exploration kerana telah berjaya menganjurkan jamboree basikal yang berprestij.......