Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Thursday, January 20, 2011

LeTua 100 km

Selalu berkecimpung dengan dunia MTB, so kali ini aku cuba untuk rasa join kayuhan road. Kengkawan KSCC yang lain tak dapat join. Maka aku pergi sorang diri ke LeTua 100km ride pada 16 Januari 2011.


Rakanku kata goodies dapat T-shirt, botol air, power bar, bandana. Tapi setelah berhempas pulas menunggu untuk dapatkan goodies hasilnya adalah t-shirt saiz XXL (sah tak leh pakai- dah dihadiahkan ke student pun) dan power gel. Rakan KSCC yang lain ada yang tiada power gel. Aduhai frust betul..... dengan nilai RM50 yang dilaburkan dapat goodies power gel sahaja yang bernilai RM6.50 !!!


Suka je bang....

Selalu Jamboree MTB rider bersusun kat depan start, tapi yang nie semua rilek je....masa doa nak berlepas pun rider tak ready........

nie kat bahagian khemah rehat...


ada rider masih duduk betul2 di bawah banner start...

relaks je...macam lama je lagi kayuh..padahal dah nak start... pelik pelik...inilah rupanya kayuhan road....


aku turut relak disamping mat salleh ....


mat salleh pompuan pun ada...


tapi yang nie jawa kapar...Ismail- wakil Kakikayuh. Saya respek kat group kakikayuh sebab dorang siap bawak sweeper naik kereta kancil... bagi sokongan.


akak livestrong


roadbike meluru laju ke depan. Aku relak je...rupa-rupanya sampai round about depa patah balik ke tempat permulaan. Aku apa lagi angkat basikal cross divider la gamaknya...hahahahha


aku sampai jam 7:15 pagi tak da sorang pun MTB tapi akhirnya dah dekat kul 8:00 ada dekat 80 orang MTB .. hampir-hampir basikalku tak turun dari kereta sebab kecut tengok roadbike yang mahal-mahal.....

rupa-rupanya ada brother naik T-bolt lagi tu......cayalah dan sorang lagi tu naik basikal downhill ....


Setelah 51 km ada checkpoint air... tapi semuanya dah habis !!!! HAUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS....... so mungkin sebab tu brother nie tolak je basikal walaupun jalan agar mendatar....


rider lain dah pi tinggalkan aku... aku terserempat dengan rider nie. Sekali tengok macam melayu... tapi dua2 cakap mat salleh.....

SELINGAN - LORI OH LORI....


sampai Batu Arang...emm lebih kurang 60 km dah ada rider naik pasukan penyelamat....

keta kecik tak muat...naik lori la gamaknya.... penuh sarat...


lori dah tak muat bro.... tunggu je la ye lori lain...


tak pun tunggu bas......

Bersambung

sampai jalan paip jumpa group MTB ....

akhirnya setelah bersusah payah dan mengalami kekejangan....sampai gak aku dengan rekod yang baru !!! iaitu nombor 617/800 !!! selama nie rekod paling besar adalah 359 je...


tempat urut disediakan.... syoknya kena picit2


3 ekor kambing dipanggang....


sedapkan !!!


tak cukup kambing kita makan satay....


lepas tu pekena ayam goreng...


then sandwich...


dah kenyang.... ngantuk bro....


tidur la apalagi.....


jam 3 petang sesi bersama media, ucapan2 dan diperkenalkan pasukan LeTua...Dimaklumkan ada 3 tokoh naik bukit dan 3 tokoh sprinter !!!


cabutan bertuah bermula jam 4:00 petang... Hadiah utama basikal specialized road dan MTB yang digembur gemburkan dah jadi basikal fuji ...emmm kalau tak silap bernilai RM650.00.

sedar2 amoi nie duduk kat belakang aku semasa cabutan bertuah...beliau bagi aku pegang nombornya dan mintak tolong ambik hadiah jika menang. Nombor dia naik dan dapatlah dia helmet bernilai RM160.... tuah badan...

suka-suka je ambik gambar nie...hihihii.... sebab dah pukul 5:00 petang bro !!!!
nak balik tidur pun tak sempat...

Lain-lain gambar dan berita, sila layari.....

1. Yusri Yusof
2. Jack Ah Beh
3. Tembeling's Muse
4. Chap Ayam Runners
5. Marfmad
6. Speed Ontell

No comments:

Post a Comment