Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Sunday, October 24, 2010

Kayuhan Malam - Jumpa 2 manusia tepi jalan gelap !!!

Aku baru je letak tajuk nie... tup tup aku keluar pi minum jam 10:00 malam kat kawasan gelap betul-betul aku jumpa 2 orang tengah jalan dalam gelap. Seram gak.... jalan tu dahla sunyi..nak bagi depa tumpang aku lak tak berani.... entah2 manusia betul atau tidak.... maklumlah jalan dalam gelap kat kawasan keliling semak samun.. peh kalau manusia memang dorang berani !!!!

22 Oktober 2010 KSCC kayuh malam lagi. Sebenarnya aku malas nak kayuh malam tapi oleh kerana Abg Zul dah tepon malas pun aku pi kayuh gak ....

Wajah riang Hj Zamri dapat basikal baru !!!! "kita race kat Kuala Kangsar" kata beliau. Nie tercabar sebab Abg Zul dapat KONA la niee . Anyhow tahniah bro !!!!

.........tengokla nanti aku pun dapat gak yang baru huhuhuhu....


sebelum mula kayuh kena posing dulu.

n setting basikal dulu ....

Kayuhan agak laju dengan purata 30km/j diketuai oleh Cikgu Saie. Dikejar oleh Zaidi dan Abg Zul. Dah sampai Kelip-kelip rehat jap..

Kayuhan diteruskan ikut JalanKelab. Kat sinilah kami jumpa dua manusia dalam gelap lelaki dan pompuan. Rupa-rupanya tayar belakang keta mereka termasuk longkang kerana reverse terlebih. Telah ditakdirkan kami KSCC datang untuk angkat keta mereka. Selamatlah mereka....




Gambar sekadar selingan- puncak bukit malawati kayuh hari Sabtu.... yang kanan sekali tu ada buah Ida..Siti. Teror jugak dia sebab berjaya pusing bukit Malawati 2 kali. Yang pegang cucu tu tauke Kilang Kain kat Sg Buluh. 3 round di pusing dengan jalan kaki. Umur dah 50 pun masih fit lagi. Cayalah kak....

Tuesday, October 19, 2010

Kayuhan Santai Kolam Udang

10.10.10 buat pertama kalinya KSCC kayuh agak ramai selepas raya... misi kali ini adalah mengambil udara segar di sekitar kolam udang yang paling besar di Malaysia. Panjang kolam udang nie adalah dari Kuala Selangor sampai ke Sungai Buloh. Hang pikir la sendiri berapa panjang kolam tu...


Kumpul kat Padang Permainan Taman Malawati Jaya seawal jam 7:30 pagi melayu. Tunggu punya tunggu dah dekat 8:30 pagi Mat Rozi tak sampai sampai.. rupa-rupanya bapa mithali nie bawa anaknya kayuh... patutlah lambat sampai....bagus bagus...


Cikgu Saie turut bawa anak.... Kalau anak Mat Rozi berada di belakang, anak Cikgu Saie berada di depan meninggalkan platoon..

singgah sat kat kolam udang...sebenarnya inilah pertama kali kami masuk kat sebelah kolam udang. itupun sebab pintu pagarnya terbuka... selalunya kat luar pagar je tengok dari jauh...

kayuhan santai diteruskan...


happy je dengan kelajuan 10km/j.... manalah budak tak tinggalkan bapak !!!


singgah kat kunci air


kat sini ada orang menjala...banyak gak udang dan ikan yang dia dapat....jeles tengokkkk



otw balik....zamri menunjukkan kebolehan dan kepakaran melakukan aksi akrobatik.... terpegun aku melihatnya dari belakang (gambar nie diambil oleh saudara ijass)


tak puas hati aku melihatnya. Aku memintanya melakukan aksi sekali lagi untuk aku merakamkan dengan kamera poket ku..... inilah hasilnya.... lagi dasyat daripada yang pertama..... guna sebelah tangan je bro..... rider lain ada berani !!!! kalau berani cuba lah..

tamatlah kayuhan santai kolam udang...


nota : gambar yang cantik2 tu diambil daripada saudara ijass. Jangan lupa layari http://kuscyc.com k.

Monday, October 11, 2010

Jamuan Raya KSCC

Tanggal 6 Oktober 2010, Rabu, KSCC mencatatkan sejarahnya sendiri dengan mengakan jamuan hari Raya yang lain daripada yang lain. Kalau orang lain buat jamuan raya kena ada rendang,nasi impit, ketupat dan yang sewaktu dengannya dan buat di rumah tapi KSCC pekena makanan seperti di bawah dan makan di Restoran Pantai Jeram !!!... rekod..

Antara menu

Udang goreng, kailan ikan masin

Siakap masak pedas, kembung bakar

pari masak asam..... dan yang takda dalam gambar pula sotong goreng tepung (tak sempat tangkap gambar dah habis kena bedal), kerang, air teh, air oren, kuih2 raya dan kek raya.
bak kata pepatah semuanya sedap2 kalau dah lapaq hahahhaha.......


bukan setakat makanan je istimewa, siap ada pelayan lagi tu....bestnya sambutan raya nie...


Macamanala member tak tersenyum lebar....


dan tak sabar menanti untuk makan.... manalah Yap nie....kang habis kang kena makan lauk2 nie...


contoh bapa mithali.. siap sendukkan nasi untuk anak2 dan isteri.. tahnniah bro..


untung badan Azam sebab kat sekeliling dia tak kuat makan.... emmm nyum nyum nyum sotong goreng hihihi....


dah kenyang, air pun dah habis..mak dara pun berborak....


mungkin cerita bab bagaimana suami perabih duit beli barang basikal... ??? hihihihi


kasihan ida.... bujang tapi duduk dengan mak dara... layan sms je la... hihihi cepat-cepatlah yea ida....


wakil tunggal, otai dari Sg Besar, Raja Abdullah Raja Kamil...


Sebagai kenang-kenangan.... kepada yang belum mengenali...Dari kiri Ida, Zul Zali, Nahar, Nasir, Ijass, As'ari, Raja Abdullah, Ilham, Mat Rozi, Zamri, Yap, Azam, Hezeri dan Zaidi.

Selamat Hari Raya....Maaf Zahir dan Batin.