Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Saturday, July 24, 2010

Kayuhan Nasi Kukus Ayam Berempah ARB

Aku teruja untuk join kayuh di Tasek Puteri bersama ARB malam ini 24 Julai 2010, Sabtu.... difahamkan lepas kayuh ada makan Nasi Kukus Ayam Berempah Bounce......

So..... tengahari aku tak makan nasi da... petang ada makan-makan sama YB pun aku tak makan punyala nak bagi perut lapar nak pekena nasi kukus ayam berempah nie...my favorite maaa

Lepas magrib dah standby kat luar... tungu punya tunggu sifu tak sampai-sampai lagi...... maka aku kayuh la sekitar taman... akhirnya tanggal jam 8:23 sifu sampai.... katanya tunggu yang lain tapi tak da... tu yang lambat tu...... maka sifu call Bro Rahim ARB bgtahu tak jadi pi... kansel la nak pi ke Bandar Tasek Puteri...... lidah kelu tak terkata. Bukan sebab tak kayuh... tapi sebab dah berlapar satu hari nak pekena nasi kukus ayam berempah tapi ...... Shockedoh tidakkkkkk !!!!!
aku pun pi la ke surau untuk solat isyak berjemaah dengan berjersey basikal !!! bersama budak-budak nie....


Balik................ makan bihun goreng bersama anak-anak.... alhamdulillah.... tamatlah kayuh.

Tuesday, July 20, 2010

Malawati Hill MTB Challenge 2

Seperti yang didebarkan, Malawati Hill MTB Challenge 2 telah diadakan pada hari Sabtu 17 Julai 2010. Kenapa digelar MTB Challenge...sebab kena pakai basikal MTB da.... dan tayar juga at least 1.8.... tapi jalan road je... hanya perlu pusing Bukit Malawati iaitu sekali pusing 1.24 km.

Ramai rider KSCC tidak dapat hadir...sifu jirannya ada kematian (takziah), Sa'i jadi ustaz kejap dengan menjadi Pengerusi Kem Solat !!! dan yang lain-lain juga ada hal yang tidak dapat dielakkan..... tapi challenge mesti diteruskan.....


Antara peminat yang telah hadir seawal 7:30 pagi !!! sanggup korbankan tidur di pagi Sabtu yang indah semata-mata untuk memberi sokongan dan menyaksikan pertandingan ini... syabas...

Pagi-pagi rider juga turut kegeliatan !!!!

tak lupa test basikal rider lain... ha yang nie beratnya 9.6 kg Specialized milik Saudara Kamal aka Gobet... 1 jari boleh angkat ma..


Sebelum race, doa dibaca oleh Abg Zul... mohon keselamatan...


Rider sedia untuk berentap bagi mendapatkan hadiah misteri !!!! Group KSCC, Kakikayuh, Speed Ontell telah menghantar peserta masing-masing..


Pusingan pertama dikuasai oleh Izwan diikuti oleh Kamal dan Arel...


dan yang akhir sekali Nasir.... Dia nie tengah terperanjat sebab baru nak habiskan 1 lap dah ada rider yang nak memotong !!!! lajunya...

ini dia yang mengejar Nasir tu... Pusingan Kedua masih didahului oleh Izwan dan diikuti rapat oleh Arel. Saudara Kamal telah tidak kelihatan !!!

oleh kerana laju dan tak berhenti pada check point, stiker telah terjatuh.. ha apalagi kutip la...


Hafizi dan Aku, kedua-dua masih tak sembuh dari demam sepenuhnya.... Hafizi berjaya menamatkan 5 pusingan dan terus berehat... aku..... teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan yang mendukacita...semput beb... nafas tak lancar.... sedih betul...balik tu terus gi klinik, doktor bagi gas lagi....first time pekena gas kat klinik sebab nafas tak lancar, demam dan kahak yang banyak.... Dr atau rider yang tahu bagaimana nak atasi masalah ni bagi la komen ye.... aku ada terbaca amalkan makan telur ayam kampung mentah + madu ori di waktu pagi.... tapi belum cuba lagi.....


SELINGAN 1 - AKSI PENONTON

Dianggarkan sejumlah lebih kurang 100 orang penonton telah menyaksikan pertandingan yang mengasyikkan ini..tapi gambar mereka tidak dapat diambil sebab jurukamera Saudari Anis selaku jurugambar pagi ni ( maaf gambar dia takda sebab dia tak ambil gambar sendiri ye) tak sanggup nak pusing Bukit Malawati dengan berjalan kaki semata-mata nak ambil gambar mereka... so sedikit jelah gambar penonton yang dapat diambil.....


Penonton 1 .........

Penonton 2..... antara yang hadir dan sukarela jadi penampal stiker... Terima kasih kepada Ummu dan Ina....

Penonton 3 - yang juga turut tidak ketinggalan..... sorak sakan !!!

SAMBUNGAN.....

AKSI RIDER.....


Apexs daripada Kakikayuh.org


Izwan.... dari SOT

Arel... juga dari SOT...


Abang Zul dari KSCC

Kamal dari SOT

Mereka-mereka kat atas tu bertungkus lumus nak kayuh laju.... yang kat bawah nie lak.... smart n steady...



Fairuz... aksi terbaik !!!!


Nasir wakil tunggal INPENS !!!



Zaidi (kiri).... pakai full sus lagi tu...berat ma...mana boleh kejar yang lain...


Izwan sejukkan badan dengan menyiram air free yang diterima.... petua sejukkan badan katanya.... emmm aku rasa nak praktikkannya ketika jamboree.... kat sana nanti biasanya banyak air free dapat......

TAMAT SUDAH 1 JAM....


Penyokong KSCC tak dapat menahan tangis kesedihan kerana takda seorang pun KSCC yang dapat nombor 1 hingga 3 !!!....


Ahli KSCC juga turut sebak !!!!



tapi rider...hihih riang ria je... happiiiii...


yang paling hapi ialah Arel mendapat No 1 dengan 21 pusingan... dapat hadiah misteri Wheel Set Fulcrum Racing Metal Zero bernilai RM3000, yang disampaikan oleh Aku sendiri


Kedua Izwan dengan 20 pusingan... hadiah misteri Spekmata Jawbon bernilai RM1000 yang disampaikan oleh Saudara Zul.


No 3 Saudara Kamal dengan 18 jumlah pusingan. Beliau menerima hadiah helmet Cratoni bernilai RM400 daripada Saudara Fairuz...tahniah..

Macam biasa..... ada hadiah untuk ahli KSCC yang menang....mendapat tempat no 1 diantara ahli KSCC dan no 4 keseluruhan... diumumkan Abg Zul.. beliau dapat 18 pusingan... tahniah !!! dapat glove Nike lagi tuu....aku hanya dapat 16 pusingan je.....


Aksi wajah gembira pemenang dan yang kalah .. :)



Akhir sekali pertunjukkan Downhill oleh Zaidi dan Rozie...


Zainuddin juga turut tidak mahu ketinggalan.. walaupun pakai hardtail.... akibatnya beliau telah terjatuh lagi.....takpa....ride must goes on....

Tamatlah sudah Malawati Hill MTB Challenge....kriterium Bukit Malawati yang mencabar..... Disamping kayuh...rider akan melihat keindahan panorama Bukit Malawati dan Kuala Selangor amnya.... bertemu lagi di lain masa untuk Cabaran Malawati Hill MTB Challenge ke 3 !!!! Hadiah Misteri menanti anda semua......


Nota - macam biasa bro - cerita ditokok tambah k....

Monday, July 19, 2010

Panduan Kecergasan Untuk Mountainbiker 1

Terima kasih kepada Rajabukit.com kerana telah bersusah payah untuk membuat panduan kecergasan kepada peminat basikal MTB.... layari video yang telah beliau olah : -


Friday, July 16, 2010

Kayuhan 1 Malaysia muncul di dada Sinar Harian

Kayuhan 1 Malaysia, pada 10 Julai 2010 muncul di dada akhbar Sinar Harian pada Jumaat, 16 Julai 2010. Terima kasih wartawan Sinar Harian...



Wednesday, July 14, 2010

Malawati Hill Challenge

Cabaran 1 jam, Kriterium Bukit Malawati Edisi Darjah 2 akan diadakan pada 17hb Sabtu 2010.

Pasti menghiburkan, pasti mendebarkan, pasti mengasyikkan....


Mula --------- Jam 8:00 pagi tajam. Oleh kerana Tram akan start jam 9:00 maka tak boleh lewat daripada jam 8:00 pagi dan tamat jam 9:00 pagi.

Tempat mula ----- di atas bukit di sebelah Menara yang menempatkan pancaran internet, telefon.... rasanya celcom, telekom, sakura, digi, broadband dll.... kumpul di sana...mula di sana... tamat di sana....

Cabaran - Kayuh selama 1 jam dengan memusing Bukit Malawati.. sampai di Check point perlu di tampal sticker. Cabaran tamat selepas wisel 1 jam tamat, iaitu peserta yang paling banyak pusingan dalam tempoh sejam dan yang paling awal tiba ke penamat setelah tamat 1 jam.. maksudnya anda perlu teruskan kayuhan setelah tamat 1 jam !!!! dan dikira selepas tamat tempoh tersebut.

Syarat --- basikal MTB, tayar minimum 1.8. (atas permintaan)

Hadiah --- misteri.......