Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Monday, March 29, 2010

Tawan Puncak Fraser Hill

28 Mac 2010 menjadi sejarah kerana Puncak Bukit Fraser telah ditawan. Kami bersama group Kayuhbeb, Assakinah, Speed Ontell, Rawang, Bangi, Puncak Alam, ACT, dll telah berjaya dalam expedisi yang dinamakan Fraser Hill Suffer Ride


Macamana tak menderita bro... 42 km mendaki sahaja!! pehhhh.... nasib baik kaki tak kejang.
Naik macam kura-kura ...turun macam Cheetah da..

Kumpul di depan Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu anggaran jam 9:00 pagi golekan tayarpun bermula..

Inilah wajah-wajah Penakluk Bukit..di hentian rehat pertama... Empangan Sungai Selangor

kayuh kayuh jugak.. santai kena juga...

Aksi-aksi jurufoto yang bertugas



Alhamdulillah sesi tangkap selamat...walaupun mengambil gambar di tengah jalan.

Kat tepi air terjun lain pulak teknik tangkap gambarnya...




Hentian pertama ditenangkan dengan pemandangan air kolam yang damai... Hentian ke-2 ditenangkan dengan deruan air terjun yang turun... hilang la sikit penat kayuh...



Meniti titian usang..eh silap.. itu search..yang ni meniti titian baru da...


Dah nampak dah... inilah tanda anda telah tiba di gate tempat menunggu untuk sesi pendakian ke puncak...nampak rumah antik nie...pehhh rasa lega sampai ke bulu roma..


Waktu naik dan turun. Senang je nak hafal..kalau ganjil naik..kalau genap turun.


Hentian rehat ke - 3. Kali ini bukan air empangan atau deruan air terjun. Tapi kat sini macam-macam air ada...air kopi, teh, 100+.. pilih la yang mana satu nak then bayar je la...

Jarak dari KKB ke tempat ini adalah sejauh 32 km. Dengan purata kayuhan 10-15 km/j masa yang diperlukan daripada KKB adalah anggaran 3 jam (termasuk rehat).


Group Assakinah Kuala Kubu Baru. Kami amat rasa terharu dengan layanan yang telah diberikan kepada kami. Mereka telah korbankan duit, masa dan tenaga demi menjayakan misi ini. Mula-mula sampai kami telah diberikan dengan sebotol air mineral setiap seorang...then mereka bagi kami makan pisang, roti, air twister. Siap dengan jentera penyelamat iaitu pasukan bermotorsikal yang akan menarik bagi mereka-mereka yang ketinggalan jauh.


Dari gambar memberikan seribu cerita... siap ubat-ubatan, tool dsb. Bab kata orang sediakan payung sebelum hujan... terima kasih to all of you As-Sakinah Cycling Club dari KUSCYC. Jasa tuan-tuan amatlah dikenang.


Penungguan untuk naik ke puncak...lihat aksi si baju merah dalam kereta tu...tengok apa tu bro !!!



Jarak dari gate ke Fraser Hill 9 km. Dengan kelajuan 7 - 12 km/j, anggaran masa yang diperlukan adalah 45 minit ke 1 jam.

Oleh kerana telah tiba jam 12 lebih. Kami telah mula meneruskan kayuh jam 1:00 tengahari !!! Oleh itu sebagai peringatan kepada rider yang ingin menawan Fraser Hill, mula lah kayuh jam 7:30. Anda boleh kayuh dari gate jam 11:00 pagi. Tak pun terus parking kat gate...hihihi



Tiba di Puncak.... Yahuuu.... nanti den dah ada cucu boleh habaq kat depa..dulu atuk pernah naik basikal daki Bukit Fraser...(maksud petikan kata dari cikgu sa'i)

Kumpulan ACT..

Bukti KUSCYC telah berjaya tawan puncak...

Aku dan Basikal ....

bangunan-bangunan kebanyakkannya ala Inggeris...warna base putih. Cantik-cantik !!!

Kami turun jam 2:35 petang. Kalau daki dari gate ke sini mengambil masa 1 jam... turun pula mengambil masa 8 -10 minit sahaja !! maksimum kelajuan yang saya catat ialah 52 km/j.

Dan turun ke Kuala Kubu pula 1 jam dengan kelajuan maksimum yang dicatat 60km/j.

Semasa sesi turun terjumpa dengan geng ACT berada dengan sebuah van (sebenarnya kami solat Zuhor dulu.. kumpulan lain terus turun ke KKB)


Tahulah rahsia kenapa gadis ini berjaya sampai ke puncak..kuat sebab makan petai rupanya..kami bekal pisang dia bekal petai...hahahahah gurau je tau....

ha yang kat tangan aku tu RM3:00, kalau tak silap depa beli sedondon!!! .

Faham-faham je la kepada rider yang lain... kalau gadis nie bleh daki sampai ke puncak inikan pula rider-rider tegar yang gagah lagi perkasa... masakan enggak bisa... yakin boleh !!!!


Akhir sekali...isteri Cikgu Nasir dan anak-anak yang turun memberi sokongan dan dorongan.

Tahniah kepada semua Rider, terima kasih kepada Kayuhbeb yang berjaya anjurkan program ini. Terima kasih to As-Sakinah, terima kasih kepada semua rider yang turut join serta and next time kita daki Genting Highland !!!!

Sunday, March 21, 2010

Fraser Hill Suffer Ride

Aku teruja bila mendapat message saudara ijass ajak mendaki Fraser Hill anjuran Kayuhbeb yang terkenal (masuk sinar lagi tuuu...). Dulu aku pernah daki Genting Sempah bersama Speed Ontell (SOT) yang mana aku telah berjaya mendaki walaupun geng2 SOT terpaksa tunggu aku hampir setengah jam!!! tapi aku berjaya daki juga. hahahahahahhahaa....geng SOT ucap tahniah kepada aku kerana berjaya walaupun lambat hihihihi... tapi takpa lepas tu kami pekena sarapan pakcik McD


Kali ini cabaran ke Fraser Hill. Tunggu di Food Court dekat Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu pada 28 Mac 2010 bersamaan hari Ahad. Tayar golek golek jam 8:30 pagi. Kalau tak larat daki patah balik je tunggu di food court sambil pekena cendol (kalau ada la). Aku dah message bro Kulat da Power untuk join ramai-ramai. Dia balas message kata boleh. Jom kengkawan kita layan Fraser Hill ramai ramai 28 Mac 2010 nie.... berani jangan tak berani.. kalau boleh kita naik MTB je..hihihi sebab itu je basikal yang aku ada da....

Jadual naik ke atas. Dari bandar KKB ke tempat ini jaraknya 32 km ! so agaknya pukul 11 pagi baru start mendaki.

Wednesday, March 17, 2010

Ditemuramah oleh wartawan Berita Harian

14 Mac 2010, KUSCYC menjelajah ke Batu Arang (berita lanjut boleh didapati di blog sifu KUSCYC dan gambar-gambar di laman web http://kuscyc.ning.com). Apa yang menarik nak aku ceritakan adalah...selepas ke Batu Arang, kami pusing ke Kota Puteri, singgah ke Restoran. Terjumpalah dengan gadis dan abang yang membawa kamera. Mereka kata daripada Berita Harian, nak buat temuramah. Maka inilah kali pertama aku ditemuramah sejak berkecimpung dalam sukan basikal ini.....


namanya Syalikha.... geng KUSCYC ----- > jawapan mantop !!!

Abang jurufoto


Gambar kenangan......