Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com
Showing posts with label Competition. Show all posts
Showing posts with label Competition. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Malawati Hill MTB Challenge 2

Seperti yang didebarkan, Malawati Hill MTB Challenge 2 telah diadakan pada hari Sabtu 17 Julai 2010. Kenapa digelar MTB Challenge...sebab kena pakai basikal MTB da.... dan tayar juga at least 1.8.... tapi jalan road je... hanya perlu pusing Bukit Malawati iaitu sekali pusing 1.24 km.

Ramai rider KSCC tidak dapat hadir...sifu jirannya ada kematian (takziah), Sa'i jadi ustaz kejap dengan menjadi Pengerusi Kem Solat !!! dan yang lain-lain juga ada hal yang tidak dapat dielakkan..... tapi challenge mesti diteruskan.....


Antara peminat yang telah hadir seawal 7:30 pagi !!! sanggup korbankan tidur di pagi Sabtu yang indah semata-mata untuk memberi sokongan dan menyaksikan pertandingan ini... syabas...

Pagi-pagi rider juga turut kegeliatan !!!!

tak lupa test basikal rider lain... ha yang nie beratnya 9.6 kg Specialized milik Saudara Kamal aka Gobet... 1 jari boleh angkat ma..


Sebelum race, doa dibaca oleh Abg Zul... mohon keselamatan...


Rider sedia untuk berentap bagi mendapatkan hadiah misteri !!!! Group KSCC, Kakikayuh, Speed Ontell telah menghantar peserta masing-masing..


Pusingan pertama dikuasai oleh Izwan diikuti oleh Kamal dan Arel...


dan yang akhir sekali Nasir.... Dia nie tengah terperanjat sebab baru nak habiskan 1 lap dah ada rider yang nak memotong !!!! lajunya...

ini dia yang mengejar Nasir tu... Pusingan Kedua masih didahului oleh Izwan dan diikuti rapat oleh Arel. Saudara Kamal telah tidak kelihatan !!!

oleh kerana laju dan tak berhenti pada check point, stiker telah terjatuh.. ha apalagi kutip la...


Hafizi dan Aku, kedua-dua masih tak sembuh dari demam sepenuhnya.... Hafizi berjaya menamatkan 5 pusingan dan terus berehat... aku..... teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan yang mendukacita...semput beb... nafas tak lancar.... sedih betul...balik tu terus gi klinik, doktor bagi gas lagi....first time pekena gas kat klinik sebab nafas tak lancar, demam dan kahak yang banyak.... Dr atau rider yang tahu bagaimana nak atasi masalah ni bagi la komen ye.... aku ada terbaca amalkan makan telur ayam kampung mentah + madu ori di waktu pagi.... tapi belum cuba lagi.....


SELINGAN 1 - AKSI PENONTON

Dianggarkan sejumlah lebih kurang 100 orang penonton telah menyaksikan pertandingan yang mengasyikkan ini..tapi gambar mereka tidak dapat diambil sebab jurukamera Saudari Anis selaku jurugambar pagi ni ( maaf gambar dia takda sebab dia tak ambil gambar sendiri ye) tak sanggup nak pusing Bukit Malawati dengan berjalan kaki semata-mata nak ambil gambar mereka... so sedikit jelah gambar penonton yang dapat diambil.....


Penonton 1 .........

Penonton 2..... antara yang hadir dan sukarela jadi penampal stiker... Terima kasih kepada Ummu dan Ina....

Penonton 3 - yang juga turut tidak ketinggalan..... sorak sakan !!!

SAMBUNGAN.....

AKSI RIDER.....


Apexs daripada Kakikayuh.org


Izwan.... dari SOT

Arel... juga dari SOT...


Abang Zul dari KSCC

Kamal dari SOT

Mereka-mereka kat atas tu bertungkus lumus nak kayuh laju.... yang kat bawah nie lak.... smart n steady...



Fairuz... aksi terbaik !!!!


Nasir wakil tunggal INPENS !!!



Zaidi (kiri).... pakai full sus lagi tu...berat ma...mana boleh kejar yang lain...


Izwan sejukkan badan dengan menyiram air free yang diterima.... petua sejukkan badan katanya.... emmm aku rasa nak praktikkannya ketika jamboree.... kat sana nanti biasanya banyak air free dapat......

TAMAT SUDAH 1 JAM....


Penyokong KSCC tak dapat menahan tangis kesedihan kerana takda seorang pun KSCC yang dapat nombor 1 hingga 3 !!!....


Ahli KSCC juga turut sebak !!!!



tapi rider...hihih riang ria je... happiiiii...


yang paling hapi ialah Arel mendapat No 1 dengan 21 pusingan... dapat hadiah misteri Wheel Set Fulcrum Racing Metal Zero bernilai RM3000, yang disampaikan oleh Aku sendiri


Kedua Izwan dengan 20 pusingan... hadiah misteri Spekmata Jawbon bernilai RM1000 yang disampaikan oleh Saudara Zul.


No 3 Saudara Kamal dengan 18 jumlah pusingan. Beliau menerima hadiah helmet Cratoni bernilai RM400 daripada Saudara Fairuz...tahniah..

Macam biasa..... ada hadiah untuk ahli KSCC yang menang....mendapat tempat no 1 diantara ahli KSCC dan no 4 keseluruhan... diumumkan Abg Zul.. beliau dapat 18 pusingan... tahniah !!! dapat glove Nike lagi tuu....aku hanya dapat 16 pusingan je.....


Aksi wajah gembira pemenang dan yang kalah .. :)



Akhir sekali pertunjukkan Downhill oleh Zaidi dan Rozie...


Zainuddin juga turut tidak mahu ketinggalan.. walaupun pakai hardtail.... akibatnya beliau telah terjatuh lagi.....takpa....ride must goes on....

Tamatlah sudah Malawati Hill MTB Challenge....kriterium Bukit Malawati yang mencabar..... Disamping kayuh...rider akan melihat keindahan panorama Bukit Malawati dan Kuala Selangor amnya.... bertemu lagi di lain masa untuk Cabaran Malawati Hill MTB Challenge ke 3 !!!! Hadiah Misteri menanti anda semua......


Nota - macam biasa bro - cerita ditokok tambah k....

Wednesday, July 14, 2010

Malawati Hill Challenge

Cabaran 1 jam, Kriterium Bukit Malawati Edisi Darjah 2 akan diadakan pada 17hb Sabtu 2010.

Pasti menghiburkan, pasti mendebarkan, pasti mengasyikkan....


Mula --------- Jam 8:00 pagi tajam. Oleh kerana Tram akan start jam 9:00 maka tak boleh lewat daripada jam 8:00 pagi dan tamat jam 9:00 pagi.

Tempat mula ----- di atas bukit di sebelah Menara yang menempatkan pancaran internet, telefon.... rasanya celcom, telekom, sakura, digi, broadband dll.... kumpul di sana...mula di sana... tamat di sana....

Cabaran - Kayuh selama 1 jam dengan memusing Bukit Malawati.. sampai di Check point perlu di tampal sticker. Cabaran tamat selepas wisel 1 jam tamat, iaitu peserta yang paling banyak pusingan dalam tempoh sejam dan yang paling awal tiba ke penamat setelah tamat 1 jam.. maksudnya anda perlu teruskan kayuhan setelah tamat 1 jam !!!! dan dikira selepas tamat tempoh tersebut.

Syarat --- basikal MTB, tayar minimum 1.8. (atas permintaan)

Hadiah --- misteri.......

Tuesday, May 25, 2010

Buat Rekod Pusing Bukit Malawati

Oleh kerana abang Zul telah buat rekod pusing bukit Malawati sebanyak 15 kali maka kami semua rasa tercabar..tapi kalau tak tetapkan masa tak syokla pulak.. maka kami pakat nak buat rekod pusing Bukit Malawati dalam tempoh sejam. Kelab Pengayuh Basikal Kuala Selangor pun menganjurkan pertandingan tertutup seumpama ini.....

Seawal 7:00 pagi dah tiba dan pekena roti canai n minuman.... panaskan badan...n teruskan pusingan.... Oleh kerana tiada pengadil maka aku letak kertas stiker iaitu rider mesti menampal stiker setiap kali pusingan. Kayuhan bermula jam 8:25 pagi..... START !!!!!


Aku mendahului untuk pusingan pertama.....


Pusingan kedua Zaidi mendahului....


Pusingan ke 3... Cikgu Sa'i telah memotong kami.... inilah tempat ambik stiker...

Sapa lambat ambik dan lekat maka rugilah masa....


Aku telah ketinggalan jauh oleh Sa'i.... nasib baik para penonton yang rata-ratanya student aku telah memberi sokongan ......... (student sendiri tengok...... mana bleh kayuh pelan..... malu la... tu yang terpaksa kayuh kuat... Roll)

Disaat akhir ke 1 jam ketika cuba mengejar Cikgu Sa'i... rantai lak tertanggal..... kuciwanya...No.... maka habislah tempoh 1 jam.... Cikgu Sa'i mendapat 15 pusingan ( 2 pusingan di luar tempoh 1 jam, so jumlah pusingan ialah 17 pusingan). Aku dan Zaidi dapat 14 pusingan... Yap dapat 12 pusingan... yang lain ?...... tak ingat da....I Dunno ...

Tamatlah sudah....... penonton pun balik... thank you for support... Happy je dorang bila nak tinggalkan kami...

Dan seperti biasa.... posing akhir sebagai kenangan ..

Next time kami buat dalam tempoh 1 jam setengah lak...

Nama student di atas (dari kiri):
Caption 1 : Suraya, Efa, Esmat
Caption 2 : Suzie, Ewi, Dayah, Ayu

Terimakasih kepada Ijass .. kebanyakkan gambar diambil daripada http://kuscyc.com iaitu gambar yang diambil oleh Saudara Ijass..... cantik-cantik gambarnya....

Monday, April 26, 2010

Selangor MTB Challenge 2010 - Good Competition


Tanggal 25 April 2010 adalah kali pertama aku menyertai perlumbaan basikal. Pelbagai perasaan ada, suspen, takut, keazaman, dan kegembiraan. 2 orang sahaja wakil daripada Kuala Selangor, yang lain busy da....

suasana pagi... gerai-gerai dan kumpulan yang menyertainya...

tak lupa promote cycling asia...angkat tangan bang...masuk newspaper nie..

rider gagah...

candid kamera di tingkat atas bangunan...

dan yang merakamkan wajah abang tersayang.... semoga berjaya bang...

Penjaga tol - 50 sen je bang ....tanah aku nie...



satu pendakian yang amat menyeksakan... tinggi pulak tu..pehhhh tuhan aje tahu...disebalik tu bagus jugakk.. sempat rehat dari kayuh..


daki memang mencabar sebab curam dan licin...sehingga brother nie jatuh kelicinan... sedar-sedar hp yang diletakkan kat kocek belakang hilang pulak tu...sedihhhhhh

oleh kerana race..aku tak tangkap banyak gambar.... sedar-sedar dah sampai ... dapatlah nombor 27 mengalahkan (74-27) 47 rider seluruh Selangor !!!!! (yang bertanding la yea...hihihi... sebab ramai lagi yang kuat tapi terpaksa jaga anak la, bini ajak jalan la........ )

Ini dia juara keseluruhan... Shahrin Amir, berjaya habiskan kayuhan dalam tempoh 1 jam 01 minit..tahniah. Beliau juga menggondol no 1 dalam Downhill Open. Aku turut bangga sebab tahun 2009 Mat Salleh yang menang.

Klik Result XC dan result Down Hill

abang takut bertanding meh sini adik pulak yang tanding kayuh....

2 orang yang berdiri tu wakil daripada Speed Ontell, depa tak puas hati sebab disqualified hanya kerana seorang tertinggal beberapa tayar....tak sampai serentak masuk... macam nie pun ada... dah nasib....

tiru aksi Azizulhasni Awang...buat wheelie... azizulhasni wheelie sebab dia menang..yang nie sebab dapat tamatkan kayuhan....

wakil perlis...Bro Azhar...jauh tu datang...

~~~~kayuhbeb... kulat dapat no 12..tahniah

geng Sungai Buluh...

---Tezi Bone

yang nie, aku tak kenal... jangan tengok yang pakai reben hitam tu tau!!! tengok yang lain...

brother luka - luka sebab accident...

kekejangan...abang medic jangan ambik kesempatan tau!!!

ish ish ishhh... yang nie memang ambik kesempatan...sempat lagi tu...... sebab tu parking kat belakang..senang buat kerja..."suami isteri" yang mesra...

ahli kayuh beb yang terbaru ???

alhamdulillah dapat makan..berebut rider ambik makanan... macam perlumbaan la pulak... sedap, dapat makan lauk ayam sambal, dalca panas tetapi aku terpaksa buang ayam goreng sebab rasa dah busuk....

walaupun tak menang hadiah..tapi sekurang-kurangnya aku dapat yang nie.... air gatorade tak sempat tangkap sebab dah kena minum da....

Lain-lain berita sila layari :-
1. Pujmac
2. Kayuhbeb
3. PKNSMTB
4. XC Rider
5. Basikal Gunung

yang lain, mungkin belum update blog lagi... tunggu je..kalau ada aku add k.