Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Friday, December 23, 2011

MEGARIDE RONDA RIADAH JB

Semasa di Jamboree Kuala Lipis, orang JB telah war-warkan untuk program Megaride ini. Mereka kata 1000 rider pertama akan dapat hadiah surprise iaitu jam tangan dan cabutan utama adalah Viva. Maka KSCC balik je jamboree terus register untuk join jamboree ini.

18 Disember detik yang mendebarkan, adakah kami berjaya pulang dengan kereta Viva ataupun tidak. ooooohhhhh........adakah ini yang disebut angan-angan...huhuhuhu...


Lepak kat Baiduri homestay...kengkawan kata ada maid. rupanya maid datang jenguk je lepas tu balik. Sewa RM200 sehari, ada 2 bilik. Sebelum jam 2:00 ptg kena check out !!!!

Inilah goodies yang kami terima. Gift surprise adalah mug. Lihat nombor tu... awalkan !!!... punyalah semangat nak dapat jam tangan dan viva hahahahhaaa...

Dari bandar Dato' Onn kami pi makan malam di restoran nie. Emm tengok macam kat tempat sunyi tapi ramai orang datang mesti ada makanan yang power sedap nya.

Rupanya inilah yang menjadi killer..... iaitu sup tulang...

dan mee rebus tulang. Kat Kuala Selangor tak dapat nie..

sebelum pi kena tengok basikal buruk nie dulu. Kena perli ngan member...setiap kali jamboree memang ada problem..huhuhu basikal buruk nak buat macamana.. kalau ikut hati memang tak nak bawak..nak beli baru tak mampu...nak bawa T-bolt lagi berat!!! terpaksalah pakai jugak basikal nie walaupun problem hahahah.... yang penting kayuh bro...

Inilah dia rider KSCC....ke hujung selatan diredahi ....

Pelbagai acara untuk menjadikan event ini masuk Malaysia Book of Record..antaranya adalah Fixie...

FAMILY RIDE
Jamboree pertama yang aku join ada family ride...seronok gak... siap ada basikal tandem tu...

comel-comel anak rider...


baby pun turut serta... dari kecik dah dididik agar jadi rider apabila besar nanti...


serba pink...

female rider harapan negara bila besar nanti...

KSCC RIDER


berbanding family rider, KSCC rider tak kalah gaya....

sifu ....


Zai....kayuh sambil termenung.....

Aman - yang nie lagi santai... tak kayuh pun....hebat-hebat...


setelah family ride tamat, kayuh MTB diteruskan. Bermula aksi lecak kerana malam sebelumnya hujan....perrgh...
apalagi...walaupun bukit rendah oleh kerana selut maka nolak la gamaknya...

yang nie rata pun tolak....

tapi yang kuat steady je bro....

Basikal Zai mengalami kepancitan, tukar dengan tiub saya punya. Rupanya tiub saya lagi la ada lubang besar huhuhu buat berat bawak dalam beg je... Dah takda pilihan terpaksalah jerit "tiub....tiub.....tiub ...tiub...sapa ada tiub". Maka adalah rider bermurah hati bagi tiub free. Terima kasih bro...jasamua dikenang.


setelah 15 km barulah jumpa check point pertama. Ada air dan buah pisang filipina. Sebenarnya ramai rider mengeluh kehabisan air sebelum sampai check point ini. Maklumlah nak sampai sini pun dah berapa jam kayuh.....

Suasana macam nak ribut. Ada segelintir rider yang telah menuju ke check point ke-2 telah berpatah balik ke CP1, kerana CP1 ada chicken loop. Tapi yang tegar teruskan kayuhan ....tup tup hujan....sejuk bro...
kayuhan diteruskan menuju check point ke dua... ( agak2 rider yang tengah berdiri ditengah-tengah tu buat apa yea ???)

Sebelum check point ke 4 perlu lalui banjir ini. Sekali lihat macam sungai. Sah tak boleh kayuh sebab lalu kat laluan penuh pasir di bawahnya. Sesetengah tempat air sampai paras melepasi lutut !!!

aksi ini dirakamkan untuk ambil gambar sahaja hahahhah...sebab lepas tu kena tolak basikal...sekali sekala terpaksa angkat basikal sebab arus terlalu kuat...

ini laluan yang paling mengerikan... di depan adalah sungai betul-betul !!! titi tak nampak !!! sebelah kanan pusaran air yang kuat.. kalau salah langkah memang tenggelam dalam sungai... alhamdulillah selamat tanpa jatuh ke dalam sungai. Lepas je ke kawasan daratan terpaksa bukak kasut yang penuh dengan pasir...


akhir sekali bila keluar jumpa mamat jual durian. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 petang. Macam biasa pekena durian la bro. Ramai rider ku ajak tapi mereka terus je....alhamdulillah selamat durian aku hahahahah....

Sampai tamat jam 3:00 petang dalam keadaan hujan. Medal tak dapat, sedih tul. Makan beryani dalam banjir. Tambah kuciwa apabila Viva tak dapat. Penat den datang dari kuala selangor, tapi tak menang...apa nak buat. Tu yang tak ambil gambar viva tu.....hihihi

Berjumpa lagi di Jamboree UPSI ....

2 comments:

  1. salam bro

    boleh dikongsi di sini. mana tau rezeki

    http://www.facebook.com/hasbullah.noor/posts/238580799548275

    ReplyDelete
  2. As-Salam..Ade PROMO utk minuman kayuhan Performance Drink pada HARGA yang SANGAT-SANGAT MURAH **FREE DELIVERY plusss..SPECIAL FREE GIFT!.

    Jom dapatkannya hari ini..(^_^)

    SILA PM | sms - 0122541296| email rafaliah@yahoo.co.uk | WhatsApp

    ReplyDelete