Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com
Showing posts with label Kayuhan Frim. Show all posts
Showing posts with label Kayuhan Frim. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Layan Frim Lagi

Kuala Selangor Cycling Club pada masa ini ada 2 singkatan dlm blog aku aku tulis KSCC dan dlm blog sifu lak KUSCYC. Sebenarnya aku banyak gak combine nama cuba-cuba yang mana satu menarik...antaranya adalah KUSAC (Kuala Selangor Activity Cycling), KUSACC (Kuala Selangor Activity Cyling Club), KUSANG (Kuala Selangor Aktiviti Naik Gerek), KUSC (Kuala Selangor Cycling), KUSBAK (Kuala Selangor Basikal Kelab), AKSEC ( Activity Kuala Selangor Cyling) AKSEB (Aktiviti Kuala Selangor Basikal), KABKUS (Kayuh Basikal Kuala Selangor), GEKUS (Gerek Kuala Selangor), CAKUS (Cycle Activity Kuala Selangor), KUSKABAK (Kuala Selangor Kayuh Basikal Kelab), KEBKUS (Kelab Basikal Kuala Selangor), KABDIKS (Kayuh Basikal Di Kuala Selangor)... entahla...tulis nie saje saje je nak bagitahu hang pa....kalau ada idea menarik bagi la k... kelab baru katakan...

Oklah pada 30 Jan 2010, KSCC berpecah dua . Sifu ajak kayuhan KEMBAS (Kembara Basikal bersama Haris Kelolo) tapi aku, abg Zul, Aboy n Hisyam tak berani sahut cabaran ini....sebab kami ada mtb je..dorang ada roadbike (alasan la tu) so kami pi layan Frim lagi dan lagi...


Inilah aksi Abg Zul ketika naik Bukit Streoid.. kali ini kata beliau tak nolak..hahahah baguih ada perkembangan...

Hasil tanpa tolak basikal...inilah dia setelah tiba di puncak

haaa.... lega rasanya bila dah berjaya...

yang nie plak zam zam dari PKNS kami jumpa masa mendaki..dia dua orang... tapi mak oiii...laju betul dia daki bukit... macam kayuh kat tempat datar je....

Setelah daki Bukit Streoid kami daki Ellipad... bukit yang digeruni oleh orang ramai... bila dah daki tak lah teruk sangat..sebab zam dan aku bleh daki tanpa tolak (eksyen la tu!!!)...

tapi gambar atas nie paling best...sikap yang harus dipuji..aboy telah tolong sorong basikal Hisyam... tahniah aboy..satu sikap yang sukar diikuti...

Ketika di puncak ellipad

aku jumpa dengan ulat gonggok sebesar jari tangan...paling besar pernah aku jumpa di dunia ini. Sebelahnya ada ular..alhamdulillah ular tu tak patuk aku masa aku snap gambar nie.. dia lari ke semak sebelah je... kecut gak perut..dek asyik nak tangkap gambar gonggok..ular kat sebelah pun tak nampak.

permandangan di puncak ellipad (ejaan tak pasti betul ke tak..aku dengar dorang kata ellipad.. munkin Helli Pad ke...eliped ke.. )

Turun bawah jumpa 2 orang lagi dari PKNS...So untuk memori..dari kanan..
En. Azhar, Abd Zul, Aku, Aboy, Hisyam, En. Zul Hadi, En. Shahrom, dan En. Zam

Aksi di single trail.. ada yang merungut "masuk kena bayar tol RM3.00 pokok ni pun dorang tak potong ke..dah berbulan nie"... ala orang Frim tak naik basikal.. mana dorang nampak pokok tumbang da..

yang handsome n cun nie lak dari Gaza Palestine.. gambar memang bagi nampak separuh sebab..hihihi ada yang nampak perut ke depan da...

Selalu lalu tak nampak Menara KL dan KLCC..tapi kali ni cuaca cerah..dan nampak dengan jelas.

Aksi downhill terakhir sebelum sampai ke Sg Buluh..Abg Zul telah terjatuh kerana terlanggar lopak lubang..tapi dia tersenyum riang sebab baju n seluar dia tak koyak !!!!

... macam biasa la brader..bila dah kayuh pekena kat gerai la.... c u next....

Tuesday, January 5, 2010

Kayuhan di Frim. Petunjuk kepada orang baru.

2 Januari 2010 Aku dan Aboy berkayuh di Frim, Sg Buloh. Cadang nak ikut Pujmac kayuh di Setia Alam. Tapi 50 km offroad ma... mana mampu. Nak ikut Speed Ontell kayuh di Setia Alam. Janji 7:30 pagi di Setia Alam, tapi kami bertolak dari KS dah jam 7:30 pagi... mana sempat ma. So kami pun pi ke Frim. Malam tu dah godak internet search Peta Frim, Kayuh basikal di Frim, Frim Trek, Trail in Frim dll tapi tak dapat yang menyedapkan hati.. Tapi kami kayuh juga...Hantam sajalah labu...




Inilah tempat parking kereta. Depan hospital Sg. Buloh. Hospital Kusta

Nampak pintu tu kan.. itu tandas tempat buang air... dan yang kanan nie tempat exit daripada hospital kusta tu..

Kayuh melalui nursery2 yang mempunyai bunga-bunga yang cantik


(Gambar kiri) Jumpa simpang belok kiri
(Gambar kanan) Jumpa simpang belok kiri


(Gambar kiri) jumpa simpang belok kiri
(Gambar kanan) ikut tepi ni.. dan mula mendaki...mendaki...mendaki

Bayar tol RM3.oo seorang sebelum masuk. Pastikan dapat resit setelah membayar tol.

Yang baju merah nie Mr. Khoo dari seksyen 27 Shah Alam. Beliau datang seorang diri untuk kayuh di Frim. Jadi petunjuk jalan kepada kami dan pembayar tol RM3.00. Terima kasih Mr. Khoo. Lepas mendaki rehat kejap, kemudian belok kanan mendaki semula, orang kata Bukit Streoid. Tapi tak da signage pun. Kalau tak belok kanan dan jalan terus kemudian kiri, kita akan sampai ke Frim. Kami mendaki ke Bukit Steroid la.. apa lagi..


(gambar kiri) kami belok kiri. Kalau belok kanan tu maknanya mendaki ke Helli pad. Setengah orang panggil Salem Hill. Aboy kata tak larat nak daki hihihii. Maka kami belok kiri dan turun bukit la. ( Kalau daki kita akan sampai ke puncak dengan permandangan yang cantik. Lepas tu patah balik)

(gambar kanan) Turun bukit. Jumpa simpang ni dan kami belok kiri.


jumpa simpang sebelum mendaki bukit streoid tadi. Kami terus belok kanan. Kalau tuju kat orang tu maknanya balik ke Sg. Buloh semula.


Melihat keindahan alam.

Jumpa simpang kami pilih belok kanan. Sebenarnya kedua-dua bleh... kalau kiri pun akan sampai tempat yang sama iaitu Frim.

Setelah turun jumpa simpang pejalan kaki.. kami terus melalui jalan tar tu kemudian belok kanan.. masuk single trail.

Gambar kiri - keluar daripada single trail dan jumpa sungai (gambar kanan)

Sampai ke Frim.... depan yang berbasikal tu ada simpang 4. Kat sebelah kiri ada kafetaria... kedai mamak...kalau terus jumpa masjid... Kalau terus akan ikut rover hingga ke air terjun. Kami belok kanan. Tak makan da...


selepas melalui kaunter penerangan (information center di sebelah kiri - jangan tanya trek basikal di sini sebab dorang pun tak tahu!!! ) kami belok kiri ikut rumput lalu jalan short cut.. jumpalah jalan ni..(gambar kiri)... dan terus ke trail basikal (gambar kanan)


Terus je sampai ke penghujung. Kemudian melalui jalan single trail yang mencabar...Dream Trail

Kalau tak berhati-hati dan yang berdarah sedap... ada pacat yang suka...(gambar kanan)

Rehat sebentar di titi....Trail yang cantik. Terima kasih kepada yang membuat trail ini.

Keluar je trail belok kanan.. jumpa air terjun.. (sepertimana ikut rover. Kalau tak mau ikut dream trail maka ikut rover mudah) Kepada yang berminat mandi jangan lupa bawa tuala .. kalau tak bawa...basikal je lah yang mandi yeee... tak pun mandi tanpa lap dengan tuala hahahah

Turun bukit dan belok kanan. Terus menuju ke Hospital Kusta. Clue nya ialah masuk jalan sebelah Kem Perah (kalau turun dari bukit belok kanan sebelum Kem Perah, kalau dari bawah belok kiri selepas Kem Perah itu kalau terlajak ke Frim (tempat tadi la)

Muka orang ceria nak balik... yahooo....




Map and Guide

Sebelum balik kami jumpa abang Zam and the elit gang dari Bukit Beruntung. Mulanya beliau ceria sebelum mendaki elli pad. Tapi balik tak bleh duduk, seat post truvative beliau telah patah ketika downhill balik.... local kotttt! hahahah pastikan yang ori... kawan dia kata "ko beli yang murah! beli la yang mahal! "