Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Friday, August 27, 2010

GADIS HILANG - kengkawan tolong cari.

Nota terkini - gadis ini telah selamat pulang ke rumah pada 29 Ogos 2010 jam 9:30 malam.

Gadis ini hilang pada hari Rabu 25 Ogos 2010. Report polis telah dibuat pada 26 Ogos 2010. Kengkawan yang jumpa tolong call saya atau call no. yang kat bawah nie k. Ini cousin bekas student saya.

Name : Nur 'Atikah binti Rosli
Calling Name : IKA
Last found : Sekolah Cochrane Perkasa, KL
Attire : Wearing baju Sekolah, but maybe had change to casual attire
Age : 17 year old
If you see her, pls call us at 012-2595052 / 012-9174353 / 012-9245766.
Your cooperation is highly appreciated!!
THANK YOU

Tuesday, August 10, 2010

Promosi Kuih Tart

Sori rider...hihihi yang nie bukan bab kayuh... saje je nak buat promosi. Kuih tart nie special sebab resepi daripada tok guru yang tiap raya dikatakan jual kuih nie sahaja... bak kata orang pakar kuih tart la.. so kalau ada sapa nak rasa cuba lah. InsyaAllah sedap....Bini aku yang buat da...




1 balang 50 biji. Harga pasaran RM19 - RM24. Tapi ini promosi...namanya pun promosi.... 1 balang kalau ada yang berminat hanya RM18.00 je. Call or sms saya di 013-388 2545. Tapi sori takda pos k. Kalau pos alamak la berderai .....Terima kasih.

Thursday, August 5, 2010

Nibong Tebal Jamboree 2010 Satu Kepuasan Kayuhan

1 Ogos 2010 melakarkan sejarah sendiri apabila dianggarkan seramai 1700 orang rider telah berentap di Nibong Tebal MTB Adventure 2010 Darjah 2. Tahun depan insyaAllah ada darjah 3, dan pada tahun 2011 mungkin kita akan join NTMTBA Tingkatan 1 !!! wallahualam.


pada asalnya aku mahu kayuh santai je... tapi apabila telah dimaklumkan ada medal untuk 700 orang peserta.. suka tak suka dalam keadaan lelah dan semput akan cuba kayuh juga.... medal bro.... dari jauh tu datang....


- tidur di Komplek Rakan Muda. Rasa macam budak asrama la pulak..

KSCC gerak dengan 3 kenderaan, kenderaan kami telah ikut jalan escape tol, dan yang lagi 2 ikut tol.... kami bergerak jam 4:00 petang... dan ......... nak citer sikit kisah pelik....

Kisahnya adalah .......... kami telah singgah di sebuah masjid namanya Al-Nawawi, Pengkalan Baru, Pantai Remis Perak. Selepas solat jamak magrib isyak kami telah menuju ke Taiping. Singgah sebentar makan malam disebuah gerai makan. Selepas makan kami terus... tup tup tup depan tu jalan MATI !!!! haaaaaa kami semua pelik... lepas tu kami U-turn, bila jalan tiba-tiba jumpa T-junction. Padahal masa dari masjid kami takda belok kiri atau kanan..... !!!!! T junction kami belok kiri menuju ke Taiping dan ikut highway..... Adakah kami salah jalan, atau ikut jalan yang mata kasar tak nampak !!!! misteri...

(kalau pembaca tau kenapa tolong tulis komen kat bawah k)


Pagi2 lagi ratusan rider dah berkumpul...

oleh kerana nak rebut medal.... ramai rider telah berada di hadapan melepasi garisan MULA!!!!

muskil....musykil...... hon belum bunyi tapi rider dah di depan garis start !!!


kayuh jalan raya.... mungkin 5 km... tak sempat tengok beb sebab layan kayuh...


downhill batu..


lintas sungai.... basuh kasut....

hati-hati kak ....

DIPOTONG RIDER WANITA !!!


Inilah kali pertama jamboree dimana aku dipotong oleh rider wanita dengan ganasnya !!! time daki bukit lagi tu.... masih terpahat dalam ingatan 2 rider wanita telah memotong aku ketika daki bukit... yang nie salah satu... Kak Ros (685) dari Penang.. beliau dapat tempat no 2 wanita dan keseluruhan 15_ !!!....

(gambar diambil daripada adiharriman... terima kasih bro kerana telah ambil gambar nie)

dan yang nie wanita (kiri sekali) kedua yang potong aku.... juga ketika mendaki... peh!!!! tercalar penakluk bukit hahahhahah...

PELBAGAI AKSI...


downhill tanpa helmet.... berani tu....


Lelaki paling sihat pernah aku jumpa join jamboree.... tahniah...
yakin boleh !!!


asyik berkayuh...



Setelah penat mendaki kami dihidangkan dengan kehijauan pemandangan.... legaaaa..

barulah nampak dunia luas..


tapi awas....jangan tengok sambil kayuh...bahaya... seorang rider KSCC hampir terjunam kebawah... nasib baik ada rider sempat pegang dan tarik basikal nya dan dia memegang di basikal !!! ... sapa rider tu... kami ucapkan terima kasih kerana tindakan pantas tuan.....


lihat lah sendiri... syokkkk kayuh macam nie bro... mencabar !!!

AKSI RIDER KSCC


Cikgu Saie... mendahului diantara KSCC... gambar nie diambil sebelum beliau dipotong kerana kekejangan ....

Zulkifli Zali...


Mohd Asyraf...


Azam...

DUGAAN JAMBOREE

pehhh jamboree penuh dengan buah2 an... langsat, manggis, rambutan, cempedak dan durian !!!!


tak dapat dibilang berapa banyak gerai durian, motor bawa durian bertali arus.... aduhhhhh syahdunya .... nak makan tak dapat medal kang.... tapi yang dah pasti tak dapat medal... hhihii apalagi.... alang-alang menyeluk pekasam la gamaknya...


akhirnya tamat jua.... aku tiba dibelakang Bro Kulat daripada Kayuhbeb....

inilah idaman para rider !!!


macam biasa...rider KSCC yang tiba awal...


dan yang ini terakhir.........................


Aku 348, Cikgu Saie 430, Hj Zamri 443, En Zul 675. Cenderahati Azam, Rozie dan Ida.

PEMENANG JAMBOREE



Nombor 2 kategori lelaki (kalau tak silap saudara Azizan)


No 1 !!!.. telah tiba dalam tempoh 1 jam 59 minit.... Saudara Hafiz Rosli. tempat 1 & 2 kedua-duanya daripada LeTua. (catatan terkini beliau dapat no 3 xc masa LIMTB 2010 tahniah bro)


CABUTAN BERTUAH

Seperti biasa acara yang dinanti-nanti adalah cabutan bertuah...jeng-jeng-jeng...

Penantian, Kesabaran, Doa agar dipilih sebagai rider yang bertuah untuk dapat hadiah bertuah.....

antara yang diidam adalah... frame basikal
















pentas di bahagian dewan


















di sebelah park kereta...tak cukup tempat duduk terpaksa berdiri..















di belakang pentas.. tak nampak pengacara tapi bleh dengar jika nombor dipanggil...









di depan pentas kanan...





















dan.... betul-betul depan pentas, ready untuk terima hadiah...














tapi.... yang nie yang bertuah..... yang kat belakang tu.... tengok je lah yea. hi hihi









dan yang dapat basikal buluh.... raya bleh dikorbankan untuk buat lemang...




















Tamatlah jamboree. Nibong Tebal adalah jamboree yang memberi rider kepuasan dalam kayuhan.. permandangan yang cantik.. downhill yang panjang tak habis2... dan lain-lain... Salam lebaran... insyaAllah bertemu lagi di Jamboree Kuala Kangsar dan Bernam Jaya.

Terima kasih kepada adiharriman kerana membenarkan copy gambar daripada web beliau. tak lupa juga kepada sifu.

Sila layari web berikut untuk NTMTBA '10 Darjah 2,

Kuala Selangor Cycling Club, Story of Adiharriman, Romzi , Prima Rider, Urat Keting, Amro,
Gerek Baru, Puding TTG, Zieman, Chemical, Abe, Liat Nak Kayuh, Boo, Mat Jan, KBS, Romdzi,

Dan lain-lain lagi....