Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, May 26, 2010

KSCC muncul di akhbar Sinar Harian

Bangga nya aku bila group basikal kami muncul di suratkhabar...hihihihihi. Group lain jangan jeles....Eat watermelon


(klik gambar untuk besarkan)

Tuesday, May 25, 2010

Buat Rekod Pusing Bukit Malawati

Oleh kerana abang Zul telah buat rekod pusing bukit Malawati sebanyak 15 kali maka kami semua rasa tercabar..tapi kalau tak tetapkan masa tak syokla pulak.. maka kami pakat nak buat rekod pusing Bukit Malawati dalam tempoh sejam. Kelab Pengayuh Basikal Kuala Selangor pun menganjurkan pertandingan tertutup seumpama ini.....

Seawal 7:00 pagi dah tiba dan pekena roti canai n minuman.... panaskan badan...n teruskan pusingan.... Oleh kerana tiada pengadil maka aku letak kertas stiker iaitu rider mesti menampal stiker setiap kali pusingan. Kayuhan bermula jam 8:25 pagi..... START !!!!!


Aku mendahului untuk pusingan pertama.....


Pusingan kedua Zaidi mendahului....


Pusingan ke 3... Cikgu Sa'i telah memotong kami.... inilah tempat ambik stiker...

Sapa lambat ambik dan lekat maka rugilah masa....


Aku telah ketinggalan jauh oleh Sa'i.... nasib baik para penonton yang rata-ratanya student aku telah memberi sokongan ......... (student sendiri tengok...... mana bleh kayuh pelan..... malu la... tu yang terpaksa kayuh kuat... Roll)

Disaat akhir ke 1 jam ketika cuba mengejar Cikgu Sa'i... rantai lak tertanggal..... kuciwanya...No.... maka habislah tempoh 1 jam.... Cikgu Sa'i mendapat 15 pusingan ( 2 pusingan di luar tempoh 1 jam, so jumlah pusingan ialah 17 pusingan). Aku dan Zaidi dapat 14 pusingan... Yap dapat 12 pusingan... yang lain ?...... tak ingat da....I Dunno ...

Tamatlah sudah....... penonton pun balik... thank you for support... Happy je dorang bila nak tinggalkan kami...

Dan seperti biasa.... posing akhir sebagai kenangan ..

Next time kami buat dalam tempoh 1 jam setengah lak...

Nama student di atas (dari kiri):
Caption 1 : Suraya, Efa, Esmat
Caption 2 : Suzie, Ewi, Dayah, Ayu

Terimakasih kepada Ijass .. kebanyakkan gambar diambil daripada http://kuscyc.com iaitu gambar yang diambil oleh Saudara Ijass..... cantik-cantik gambarnya....

Tuesday, May 11, 2010

Kuala Selangor MTB Mini Jamboree

Dering telefon ku berbunyi dan panggilan daripada Asri PujMAC. Katanya beliau berhasrat untuk berkenalan dengan rider tempatan dan pada masa ini kebanyakkannya rider daripada Utara yang dikenali. Aku terkejut juga, inilah kali pertama aku dihubungi oleh rider yang ingin kayuh bersama di KUALA SELANGOR..... 9 hb Mei 2010 tarikh dibooking.... kami kat KS bermesyuarat banyak kali..kat mana nak bawa..bukit takda...last-last kami dapat juga trek yang mengancam !!!


Pagi tu bini aku sediakan bekalan untuk rider...


Berkumpul seawal jam 7:30 pagi...aku pi repot polis bagitahu ada kayuhan ramai-ramai....dan ajak depa kayuh sekali... pagi tu ada 31 rider...

Speed Ontell menghantar 2 orang wakil (yang kiri sekali dan kanan sekali). Mereka kayuh daripada Bukit Kapar ke Kuala Selangor untuk join sama.... dan Geng Kuala Selangor buat pertama kalinya menghimpunkan seramai 14 orang rider !!!

Geng PujMAC...

Kakikayuh


Taklimat daripada Sifu alias Ijass sebelum kayuhan

Geng Kuala Selangor kyusuk dengar taklimat

yang lain...hihi faham-faham jelah........ sebab ada rider terbaru Kuala Selangor ...Ida....

ehemmmmmm........... dengar taklimat sifu???

Abang jurukamera ....import nie...

Sebelum kayuh hujan lebat...tapi kayuhan tetap diteruskan sebab orang datang dari jauh beb.... ada dari Banting..ada dari Puncak Jalil...jadi inilah akibatnya....bermain lumpur dan lecak...

Pasukan SWAT turut join sama...

anda bayangkan apa bila lihat gambar ini...

AKSI JUMPA AIR 1

Oleh kerana kayuh dalam lecak, bila jumpa air merupakan satu nikmat yang tidak dilepaskan...

......apalagi basuh da.......

ada yang masukkan dalam botol minuman.....

..senyum je bila jumpa air...teringat aku cerita cowboy.... eeee hhaaaa.


gosok bang.... kat depan ada lumpur lagi.... ada yang siap masukkan basikal kat dalam sampan tu.... tapi gambar nya tak dimasukkan sebab yang masukkan itu aku la hahahahahha sapa nak tanggap gambar ...kamera kat aku. !!!!

sambungan......

kayuhan diteruskan... fuuuuhhh nampak je jalan rata tapi...tanah ikut sama rider....akibatnya tak bleh kayuh...menyorong laa......

lihat macamana nak kayuh.... tersekat

akibatnya...Bob nya RD dah patah !!!! kasihannnnnn

terpaksa Bob ditemankan Yap ikut chicken loop... tapi oleh kerana gambar nak masuk blog maka aksi tetap aksi...Setelah aksi wrestling dipaparkan Bob angkat basikal dan jalan menuju jalan besar dengan gagahnya.... hihi tapi setakat 1o meter je la...basikal turun balik.... BERAT OOIIII!!! katanya... aku teruskan kayuhan menuju platon.

AKSI JUMPA AIR 2

... Di Kg Kuantan dah takda sampan...yang ada hanyalah air kat jalan raya.... pun digunakan sebaik mungkin...

tapi bila rider tak dapat kawasan air...maka terpaksa gunakan air minuman untuk basuh basikal.... adusss...inilah penangan kayuh di Kuala Selangor...

sambungan....

kami rehat 10 minit di tempat kelip-kelip Kg Kuantan... Cikgu Sa'i telah membawa bekal air minuman dan juga kek coklat yang bini aku buat pagi tu.... ada yang makan sampai 3 biji !!! lapar......

Destinasi diterukan menuju ke Kolam Udang...



Aboy dah tunggu di jalan masuk Taman Malawati Jaya (5 dari kanan) ...terima kasih kerana bagi sokongan...

AKSI JUMPA AIR 3

Rancangan kayuh ke Taman Alam dibatalkan kerana rider telah jumpa air yang banyak !!!! apalagi... 3 buah rumah telah diserbu untuk basuh basikal !!!, sekolah juga diserbu untuk mandi dan basuh.... 2 tempat car Wash penuh... sampai boss keluar..."ini compressor boleh guna 10 minit lepas tu kena kasi rehat " pesan tauke kedai
Car wash disebelah Petronas...

Car Wash di sebelah Caltex


yang ni pulak...cloth wash di rumah aku... ini gambar bilasan ke dua....macam masak dodol da....

Akhir kata...terima kasih kepada Pujmac, chengkau, speed ontell, Kakikayuh kerana sudi kayuh di Kuala Selangor. Maaf atas segala kelemahan kami... ada masa kami pulak yang bertandang di tempat tuan.....

Lain-lain gambar sila klik di sini.


Monday, May 3, 2010

Jasin Jamboree - Manis dan Pahit

Aku teruja lagi untuk menyertai jamboree. Kali ini adalah jamboree yang ke 2 yang diikuti, 2 Mei 2010, Ahad bertempat di Jasin, Melaka.


Terima kasih diucapkan kepada Ismanizam bin Ishak, Pengarah Syarikat Binary International Group Sdn Bhd yang telah menaja 2 cartoon air 100+ dan 1 cartoon air minuman. ... selamat duit aku beli air gatorade....Ma cih, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..dapat taja kami lagi.

Aksi yang dilihat dalam perjalanan...accident teruk kereta tu.. nasib baik orangnya takda calar2!!! ... so ingatan kepada semua jgn lupa baca doa bila naik kenderaan...

Melaka yang bersejarah...

Disambut dengan kereta lembu yang indah... tapi kami tak naik la sebab kami naik basikal je...hihihih

Ambil goodies pada malam tu... 2 orang yang kat depan tu orang Labuan.. hebat..dari jauh datang.. inilah erti jamboree... kali ke-2 ini sangkaan ku meleset, rupanya jamboree tidak semestinya riuh rendah seperti di Seri Iskandar yang mana rider sibuk tayang basikal di atas keta (basikal mahal je la... basikal murah macam kami punya sorok kat rumah) dan makan-makan sambil membeli barang keperluan...

Tetapi di Jasin, ini tidak kelihatan la pulak macam tu... suasana macam biasa je..Inilah yang dikatakan lain Jamboree lain manisnya....

Geng Kuala Selangor yang Macho-macho... siap untuk bertempur...

SCT - Sepang Cycling Team, bukan Salak Cyling Team yea..

Kayuhbeb tidak ketinggalan.. seperti biasa berada di depan...

Anggaran 820 orang rider...ready to go...

Aku kayuh kuat-kuat... dapat barisan depan... tup-tup rider depan patah balik.. aduhai... apa dah jadi nie.. ada babi kejar ke.... rupanya salah jalan...

Nielah rider yang kat depan masa salah jalan tu... tu la pecut laju sangat... sampai tak perasan tak da signage pun belok kanan... (termasuklah aku... tapi aku kat belakang sikit..muhahaaa)

So semangat dah turun... dari barisan depan sekarang dah dok barisan belakang.... sedihnya.... baru nak buat rekod bawah 200 !!!

Maka sebahagian rider telah buat chicken loop.. alamak ada parit besar la pulak.. terpaksa la angkat basikal....

dah nun jauh ke belakang.. rasanya nombor 700 lebih...aku keseorangan ... tiada rider dari Kuala Selangor berdekatan.....nun jauh depa dah tinggalkan aku...

keluar dari single trail..

Seperti biasa terdapat rider tayar pancit.... aku tak tangkap gambar banyak sebab ada lebih 10 rider yang aku jumpa pancit...

haaa.. yang nie aku tangkap gambarnya sebab ini tak pernah aku jumpa.. crank tertanggal !!! rider ni menjerit "ALEN KEY.......ALEN KEY.........ALEN KEYYYY........" ramai rider lalu je....mungkin sebab takda alen key... aku singgah bagi bantuan alen key.. tapi tak dapat membantu.... maka akupun beransur pergi meninggalkannya.... sorry ye bro...

angkat bang...

hati-hati... kat bawah ada air.. basah lak kasut tu nanti...

...yang nie satu pengajaran kepada kita semua... BERHATI-HATI KETIKA MINUM AIR SAMBIL BAWA BASIKAL..... aku dah pernah jatuh sekali..tapi kali ini dia pulak yang jatuh !!!

akak nie aku jumpa di KM26... jauh tu baru dapat jumpa... power..

yang nie lagi power... abang Bob dari Muar...dulu berat 154 kg...dah join kayuh basikal berat sekarang 124 kg !!! turun 30kg tu... haa.... tengok brother nie.. memang orang gemuk tak da alasan tak nak kayuh.... selamat...

makan pisang tambah power...

antara yang seronok bila dapat daki bukit sambil kayuh adalah sorakan rider lain... riuh rendah orang sorak bila ada yang berjaya daki... kayuh..kayuh...kayuh....

ini yang dah tak larat daki..hihihi

senyum je bila potong orang yang sedang tolak basikal...

Akhirnya aku berjaya jumpa kawan dari Kuala Selangor...Abang Zul.. itupun dah dekat km30...
tak lama kemudian aku berjaya jumpa Zaidi.... gembira aku dapat jumpa geng..!!!!

........ relaks.........

Jamboree kali ini aku saksikan paling ramai rider yang kekejangan... masa kat Seri Iskandar tak nampak orang kekejangan..tapi kat Jasin.. rasa-rasanya lebih 40 orang rider telah mengalami kekejangan.... mungkin disebabkan tersentak sebab dah turun bukit tiba-tiba kena daki bukit..... bila turun daki bukit...bila turun daki bukit.....pehhhhhhhhhhh......tak sempat nak tukar gear...

Ada yang pakai minyak halia... ada yang sembur spray..dan macam-macam lagi..

......pemandangan indah.....

nampak tak...betapa sukarnya nak daki bukit tu...

antara yang susah di daki.. tolak ke puncak batu !!!

di bawah terik matahari pulak tu..

tak lepaskan peluang bergambar dengan motorcross rider (sebenarnya nak tangkap gambar dengan awek orang asli hahahahah )

"Sapa bilang gadis Orang Asli tak menawan... tak menarik hati... tiada memikat.... "

Akhirnya berjaya ke penamat pada jam 12:23 dengan kedudukan 269..... masa kat Seri Iskandar aku dapat nombor 359 ... so ada peningkatan la... next jamboree target below 200...

Group Muar

Semuanya angan-angan nak dapatkan basikal ini....tapi kami semua hampa...tak dapat satu pun hadiah..

Geng Kg Delek dengan awek...

Zaidi tiba pada jam 1:15 tengahari dikedudukan 436... tahniah..

Abang Zul tiba pada jam 1:18 dikedudukan454...tahniah... Sapa yang nak tangkap gambar nie.... ish ish ishhhhhhhh orang nak tangkap gambar rider...dia pulak yang lebih..hahahah kesian abang Zul nampak sebelah mata je...

Seperti biasa, Cikgu Sa'i dapat nombor 1 dikalangan kami... keseluruhan beliau dapat nombor 146...tahniah.... Ijas tak dapat tamatkan kayuhan sebab rantai terputus manaka Yap...temankannya....

Rider paling muda..umur 10 tahun...dimaklumkan beliau menangis-nangis masa kayuh... mungkin di Jasin Jamboree takda Chicken Loop kot ...

Rider paling akhir sampai pada jam 2:45 petang !!!! puas kami tunggu rider nie..sebab penganjur tunggu semua rider sampai baru buat cabutan bertuah... di Seri Iskandar tak tunggu semua... tepat jam 2:00 petang je...terus buat cabutan bertuah...

wajah-wajah yang tenang menunggu nombor bertuah dipanggil ....

........tapi hampa...kerana brother nie yang bertuah !!!! .....

....selamat tinggal jasin.. selamat tinggal tempat penginapan ku ini... RM160 sehari... 3 bilik 5 tilam... so pada malam tu aku terpaksa berkorban dengan tidur atas lantai berlapikkan tuala... (sebab kami ada 6 orang)

Selamat tinggal Melaka.... ada rezeki kami datang lagi....

Kepada penganjur... terima kasih kerana membuat jamboree yang hebat ini.....terima kasih kerana melayan kami dengan baik...terima kasih kerana panggil kami ke sini......thank you.....

lain-lain gambar di uploadkan di sini....
(baru sebahagian...yang lain nanti k)

dan gambar daripada Admin Jasin Jamboree