Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, April 14, 2010

Bukit Sentosa Dalam Imbauan

Sentosa Cycling Team (SCT) mempelawa kami untuk merasai keseronokan, keperitan, keindahan kayuh di Sentosa.... dengan rasa tidak tidur lena waktu malam (sebab ingat esok kena bangun awal ...6:30 pg dah tayar kereta perlu bergolek) tanggal 11 April 2010 maka kami berlima daripada Kuala Selangor pun ke Bukit Sentosa.....(sebelahnya Bukit Beruntung)


Kumpul di Tol Bukit Beruntung seawal jam 7:45 pagi..sesi perkenalan

.......dan sesi mesyuarat tak rasmi.....

Selepas tu kami di bawa ke kedai makan untuk makan sendiri-sendiri.... faham-fahamlah kalau ramai macam ni, bangkrap la SCT nak belanja....
Show Me Da Money

Sarapan pagi dulu.... sempat aku berkenalan dengan Bro Shahrul


Dan tak lupa tangkap gambar...... masa kayuh sebelum daki Fraser Hill hari tu kami tak sempat tangkap gambar sebab dok lena pekena roti pisang.... tapi kali ini tak mahu terlepas....

yang hadir kayuh pada hari tu seramai 73 orang !!! yang tangkap gambar aku kira 48 orang... maknanya seramai 73 - 48 = 35 orang lagi mungkin sedang siapkan jentera kayuhan, makan dll.... nasiblah yea tak masuk dalam gambar (dan yang pasti tukang tangkap gambar ada 3 orang pun tak bergambar....hihihihi inilah risiko jurugambar...berkorban untuk menangkap gambar orang lain walaupun ingin gambar sendiri di ambil)

Bacaan doa dulu, aku puji orang yang baca doa sebab banyak baca dalam bahasa Melayu dan faham... kalau dibaca dalam arab aku tak faham da.....

Inilah permulaan kayuhan.... kat sebelah kiri nie sebenarnya terdapat rumah abang aku Rohaizat... aku telefon dia tapi dia pulak balik kampung...melepas makan tengahari aku hari ini..hahahahhhha

Rider berbangsa cina...bagus...jarang ada rider cina nak kayuh sama...apatah lagi India.

~~~belukar ku redahi~~


~~~lurah ku angkat basikal ~~~


Downhil ???? aku terjah dengan berani...yahoooooo!!!!!

Sepengetahuan aku ramai rider yang jatuh pada hari itu, aku juga dekat 4 kali nak jatuh tapi dapat kawal dan tak jatuh...alhamdulillah.... tapi....saat-saat akhir aku jatuh jugak ...bak kata pepatah "sepandai pandai tupai melompak akhirnya ke tanah juga". Aku jatuh sebelum balik ketika downhill kat kebun getah...jalan semak terlanggar akar...apalagi, jadi superman laa..... nasib baik tak cedera...syukur..

setelah layan semak dan kebun...layan pulak gurun tanah...panasnya tak tahulah nak cakap.....

dah la lalu gurun....kena pulak kebun dah ditebang....menderita lagi di bawah naungan cahaya matahari....

SELINGAN 1 : SUKA DUKA KAYUHAN BUKIT SENTOSA

"kalau korang nak tau, basikal atas nie lebih mahal daripada kereta kat bawah nie tau!!!!" tergangga rider lain dengar !!! dalam hati kata "tunggu.... kalau aku tersepak emas 5 kg...aku beli lagi high end..bleh tayang kat rider lain...


........ lepas kan sikit air supaya ringan kayuhan :) Salah satu teknik nak cepat kayuhan... kalau tidak, kayuh memang mengeletar...(gambar dikecilkan supaya tak dikenali siapa orangnya....)


walaupun bukit tak tinggi tapi rider terpaksa tolak basikal.... hahhhh inilah penangan Bukit Sentosa... jalan berlekok-lekok...bukan itu sahaja malah licin sekali...kayuh je tergelonsor ke tepi.....

Rider tayar tercabut

Inilah kelemahan tayar tubeless untuk basikal..tayar terpaksa digam ke rim baru boleh melekat...angin tayar perlu kencang, kalau tidak tayar akan jadi kempis..... tayar mahal pun ada kelemahannya.... so terpaksalah bukak dan pasang tiub... nasib baik bawa....


Tengah panas lalu kawasan air terjun...macam nak terjun je macam di Frim !!!


Mari-mari topi ini RM170!! cantik, kualiti....mampan....kalu nak jumpa saya.... sempat lagi promote...inilah kelebihan peniaga barangan basikal, disamping kayuh bleh promote barang....2 dalam 1 katakan.....

Nasir "Macam ni aku potong Nahar, macam tak caya!!!" ketawa Fieza dan Abg Zul bila dengar.... tapi bila sampai, aku kat depan dia rupanya....hahahahah rupanya dia tersesat kejap.......inilah cabaran offroad...

........yang nie pulak kelas praktikal "teknik mencatumkan rantai terputus"... dianggarkan seramai 10 orang mengelilingi cikgu ni untuk belajar macamana nak sambung rantai bila putus...... baguslah...kelas free....

Satu-satunya gadis di kayuhan ini......."bagaikan purnama, saujana bintang-bintang, berseri menarik hati oh liza lizawati oh liza... lizawati.............. " rider- rider menyanyi lagu Rahim Maarof (zaman album Generasi tahun 1997) apabila lihat liza tiba dengan kayuhan yang letih...tapi bila dah sampai, semua control macho tak mahu dekat..hihiih... takut kena kata maaa...

Aku tanya dia "nama u liza ke?"...dia jawab "tak lah, nama saya Fieza.... dorang yang salah nama" ohhhhh fieza rupanya.... maka kenalah nyanyi lagu lain lepas nie.. dah tak bleh nyanyi lagu Rahim Maarof tu...

SELINGAN 2 : Bangunan Sejarah

Flat yang telah ditinggalkan kini menjadi sejarah....

dan juga rumah ... emmmm rumah sapa yeaa?


~~~sambungan ~~~


setelah anggaran 15 km kayuh... rider kumpul kembali.... mesyuarat nak ikut 17 km atau 30 km... jam dah menunjukkan kul 11:00 pagi.... rider sorakkkk balikkkkkkkkkk.....

kami dari Kuala Selangor tak jawab apa..sebab sifu kami belum muncul...dan seorang dah terlepas ke hadapan...(Cikgu Sa'i terlalu pantas hari itu...syabas)

Akhirnya ramai rider balik..aku telefon Cikgu Sa'i dia kata ikut 30km maka akupun join sebab aku tumpang keta dia, kalau balikpun bukan buat apa, menung je...

inilah muka-muka rider yang di hadapan semasa sambungan kayuh untuk 30 km... berhenti ni bukan apa ...tak tahu jalan da.....Josh (sprinter SCT, penunjuk jalan) ada kat belakang...kami kat depan...macamana teruskan kayuhan....



Nun menghijau gunung ladang dan rimbang, langit nan tinggi bertambah birunya, deru angin turut sama berlagu, semuanya bagai turut gembira.....Balik kampung...oooohhh ooohhhh balik kampung ooo balik kampung hati girang (arwah sudirman).... sebenarnya ku yang girang..,.....

Macamana tak girang..dah tamat kayuh...kalau jauh lagi bleh pitam woooo.....satu masa air dah habis..maka ramai rider minum air paip je termasuklah aku!!!!

Akhir sekali terima kasih SCT kerana menjemput kami ke Kayuhan Muhibbah Bukit Sentosa.... salah silap tulis kat blog ini harap dimaafkan, angaplah sebagai gurauan... cerita lanjut bleh layari basikal.wordpress.com dan blog kayubeb...dan PKNS selamat bertemu di kayuhan muhibbah yang lain.

1 comment:

  1. Bro Shahrul Azman tu pun ikut ? Kalau dia ada, kayuhan mesti jadi meriah punya hahahaha ...

    ReplyDelete