Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, September 1, 2010

Kayuhan Merdeka Satu Pengalaman

Julung kalinya KSCC kayuh pada bulan Ramadan. Sebenarnya malas nak kayuh tapi oleh kerana semangat MERDEKA maka kami penatkan jugalah diri untuk kayuh lepas terawih....

inilah wajah 11 pendekar KSCC yang telah menghabiskan terawih 8 rakaat (biasanya 20 rakaat--sangka baik ma) dan terus ke Shah Alam. Patut gerak jam 10 malam, tapi macam biasala bro, ada rider yang lambat... maka gerak lambat...dah jam 11:53 malam baru kami start kayuh !!!


Sampai je dataran i-city dah tepat jam 12:00 tengah malam... berdentum dentam bunyi mercun... pekak telinga...ada rider yang syok gila sebab pertama kali berada di bawah deruan mercun..(gambar di atas sekadar hiasan)


rehat jap tengok keindahan lampu2..


jalan jam teruk... nasib baik kami naik basikal...


cantik kan... untuk pengetahuan bersama 1 kereta kena charge RM2 kalau masuk dataran i-city nie.. tapi naik basikal free je la.


teruskan perjalanan menuju ke Seksyen 13. Si Nazri pendek ops silap Nazri Lampard ada masalah rantai... rantai beliau pendek takat 42 je chain ring 44. mana bleh da..

yang lain sabar je la tunggu


sampai ke Seksyen 13 lepak kat Bistro, jam dah menunjukkan pukul 1:00 malam.


kat sana terdapat segelintir remaja yang sibuk menelaah matapelajaran.... mungkin nak exam kot !!!

Bila perut dah kenyang...teruskan perjalanan


singgah kat padang berdekatan Masjid Negeri... Kat sini pun jam gila. Ramai remaja lepak perempuan dan juga lelaki. Ada pasangan yang lepak kat tempat gelap dan juga dalam kereta. Ada ramai mat rempit yang dikepitnya perempuan.. jangan jadi lauk dah la.... ish ish ish macam bukan bulan Ramadan. Dalam hati berkata "tak da beza di bawah BN dan di bawah PKR". So jangan salahkan parti jika berlaku banyak maksiat. Kena salahkan diri sendiri. Kena kata "apa yang saya dah buat untuk ini". Saya bukan nak menyebelahi BN atau PKR. Saya hanya kata, sapa pun yang memerintah masalah takkan selesai jika tidak secara global umat kembali kepada agama. (Sory kalau menyinggung setengah pihak... tapi inilah hakikatnya walaupun pahit tapi terpaksa ditelan)


Otw balik, anggaran jam 3:30 malam ramai budak-budak naik basikal sepanjang jalan. Takda safety (tanpa helmet dan lampu). Ada yang kayuh sorang2, ada yang berdua dan ada yang dalam kumpulan (yang sorang-sorang kalau kena culik macam mana ha). Mak bapak dorang tak marah ke !!! Budak-budak nie kelihatan sepanjang jalan dari Shah Alam dan ada yang dah tiba ke Meru !!!!

Sampai ke Kapar jam 3:40 malam, sepanjang pekan Kapar penuh sesak remaja India dan Melayu lepak sambil melihat aksi rempit !!!... inilah malam merdeka ? sedihnya.......

Sampai rumah jam 4:15 pagi...terus sahur...solat subuh dan tidur....... kena banyak istigfar kerana malam Ramadan habis dengan kayuh hahahhhah bukan habis dengan tahajud dan tadarus quran.

3 comments:

  1. hahahahha apala nak jadi dgan aku yer entah la kene btg hidung sendiri.....takbir!!!

    ReplyDelete
  2. macamana start kayuh pkl.11.53 sampai i=city pkl12...apapun tahun depan saya nak ikut le dari kapar...insyallah.

    ReplyDelete
  3. Kami kayuh daripada depan pejabat Cahaya Gemilang, ala deret rest penang, deret kedai jika kita dari arah tol 60 sen dan belok kiri menuju seksyen 7, kat situ ada kedai. Memang dekat dengan i-city.

    ReplyDelete