22 Oktober 2010 KSCC kayuh malam lagi. Sebenarnya aku malas nak kayuh malam tapi oleh kerana Abg Zul dah tepon malas pun aku pi kayuh gak ....
Wajah riang Hj Zamri dapat basikal baru !!!! "kita race kat Kuala Kangsar" kata beliau. Nie tercabar sebab Abg Zul dapat KONA la niee . Anyhow tahniah bro !!!!
.........tengokla nanti aku pun dapat gak yang baru huhuhuhu....
sebelum mula kayuh kena posing dulu.
n setting basikal dulu ....
Kayuhan agak laju dengan purata 30km/j diketuai oleh Cikgu Saie. Dikejar oleh Zaidi dan Abg Zul. Dah sampai Kelip-kelip rehat jap..
Kayuhan diteruskan ikut JalanKelab. Kat sinilah kami jumpa dua manusia dalam gelap lelaki dan pompuan. Rupa-rupanya tayar belakang keta mereka termasuk longkang kerana reverse terlebih. Telah ditakdirkan kami KSCC datang untuk angkat keta mereka. Selamatlah mereka....
Gambar sekadar selingan- puncak bukit malawati kayuh hari Sabtu.... yang kanan sekali tu ada buah Ida..Siti. Teror jugak dia sebab berjaya pusing bukit Malawati 2 kali. Yang pegang cucu tu tauke Kilang Kain kat Sg Buluh. 3 round di pusing dengan jalan kaki. Umur dah 50 pun masih fit lagi. Cayalah kak....