Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Tuesday, October 19, 2010

Kayuhan Santai Kolam Udang

10.10.10 buat pertama kalinya KSCC kayuh agak ramai selepas raya... misi kali ini adalah mengambil udara segar di sekitar kolam udang yang paling besar di Malaysia. Panjang kolam udang nie adalah dari Kuala Selangor sampai ke Sungai Buloh. Hang pikir la sendiri berapa panjang kolam tu...


Kumpul kat Padang Permainan Taman Malawati Jaya seawal jam 7:30 pagi melayu. Tunggu punya tunggu dah dekat 8:30 pagi Mat Rozi tak sampai sampai.. rupa-rupanya bapa mithali nie bawa anaknya kayuh... patutlah lambat sampai....bagus bagus...


Cikgu Saie turut bawa anak.... Kalau anak Mat Rozi berada di belakang, anak Cikgu Saie berada di depan meninggalkan platoon..

singgah sat kat kolam udang...sebenarnya inilah pertama kali kami masuk kat sebelah kolam udang. itupun sebab pintu pagarnya terbuka... selalunya kat luar pagar je tengok dari jauh...

kayuhan santai diteruskan...


happy je dengan kelajuan 10km/j.... manalah budak tak tinggalkan bapak !!!


singgah kat kunci air


kat sini ada orang menjala...banyak gak udang dan ikan yang dia dapat....jeles tengokkkk



otw balik....zamri menunjukkan kebolehan dan kepakaran melakukan aksi akrobatik.... terpegun aku melihatnya dari belakang (gambar nie diambil oleh saudara ijass)


tak puas hati aku melihatnya. Aku memintanya melakukan aksi sekali lagi untuk aku merakamkan dengan kamera poket ku..... inilah hasilnya.... lagi dasyat daripada yang pertama..... guna sebelah tangan je bro..... rider lain ada berani !!!! kalau berani cuba lah..

tamatlah kayuhan santai kolam udang...


nota : gambar yang cantik2 tu diambil daripada saudara ijass. Jangan lupa layari http://kuscyc.com k.

1 comment:

  1. macam best jerk...
    berbasikal santai samabil menikmati
    suasana kampung.
    kt tempat sy x de kampung,so,kalau nak g
    bercuti terpaksa keluar dari bandar...

    ReplyDelete