31 Okt 2010, Jamboree ke-2 terakhir tahun 2010 yang disertai oleh KSCC. Penyertaan ahli semakin bertambah iaitu seramai 20 orang. Bertolak dari Kuala Selangor jam 5:00 petang selepas solat Asar.
Membetulkan kedudukan basikal di Sabak Bernam. Basikal2 nie beralih kedudukan mungkin sebab bawa keta laju ! Tayar belakang berputar selaju 65 km/j (tengok kat meer basikal ma)
Jam 7:00 rehat kat Sabak Bernam sambil makan 2 . Emmm ramai rider yang licin pinggannya dan ada yang order sampai 2 pinggan nasi lemak !!! sapa tu???
"alamak mahalnya !!!".... singgah kat 7 e jam 10:00 malam di KK.
Goodies - bekas air, beg, air suntonic, kacang goreng, cream tahan kejang , gula2 hudson dan jersey yang cantik. Terima kasih penganjur....
AKSI - AKSI TIDUR
Kalau di Lipis tidur lepas Jamboree, kali nie kita lihat tidur sebelum jamboree lak... nie bukan Hantu Bungkus tau !!!....
Aksi 1 - kesejukan, siap masuk dalam beding lagi tu...
aksi 2 - terkenang makwe. macam biasalah bro.. tak kahwin lagi...
Aksi 3 - malam tahajud doa menang cabutan bertuah. Tup-tup tertidur....
Aksi 4 - hhihihihi yang nie VIP, bilik aircond dan dapat tidur atas katil. Mau tak syok. (gambar dikecilkan supaya tak nampak muka)
Aksi 5 - tempat dah penuh beb. Depan tandas pun ok lah....
Aksi 6 - Baru 5:00 pagi sifu dah kejutkan bangun... tu yang mengeliat semacam je tu...
apa-apahal streching dulu.... Sifu tunjuk aksi kelainan dengan streching dengan basikal !!!
wajah-wajah KSCC ceria sebelum starting...
ambil kesempatan ambil gambar sama Jinggo Haluan Kiri (facebook) blogger merangkap fotographer Kayuhbeb ...
aik...keta pun nak join .....inilah akibat bila tempat kumpul di jalanraya utama dan tak ditutup. Driver kereta yang tak malu selamba je nak turut mencelah .....
Seperti yang dijangka seharian hujan sebelum Jamboree mengakibatkan selut. Licin, tu yang nolak tu bukan tak larat kayuh daki bukit (alasan)
batu besar lambang Jamboree Kuale...
Inilah yang dikatakan semangat berpasukan. Rantai Hj Zamri telah terputus.... kami lak takda kepakaran nak betulkan. Ma cih kepada Bro Zaidi,kayuhbeb yang sanggup tolong kami.....
dah 20 km kayuh tak da cek point air..... aduhaiii
Akhir nya jumpa juga check point air... rider yang ada air lebih tak singgah tempat nie sebab tak larat nak angkat air 10 kg.Yang dah kehabisan terpaksa juga singgah. Ada gak dengar suara-suara berbisik "air paip ke nie" hahaha den tak tahu yeaa... rasa-rasanya air paip yang telah ditapis. InsyaAllah selamat diminum .
yang pakai baju kuning nie petugas.... ma cih makcik n pakcik kerana sudi bergambar dengan kami.
KEINDAHAN PERMANDANGAN
Kalau pi Jamboree tak da permandangan yang cantik tak sah....
kehijauan.....
kesatuan.....
keasyikan....
kedamaian....
......dan terasa nak terbang...
seperti helang....
AKSI RIDER....
tunjuk gagah... orang naik bukit tolak tapi yang nie pikul...peh kuat....
hihiihi walaupun tak kuat amoi nie kayuh selamba je... agak-agak mana yang gagah...pikul ke kayuh ha....
DOWNHILL
terdapat beberapa slope... menurut jurukamera radio amatur yang ada disitu...15 rider awal berhati kering..turun bukit dengan laju sekali. Ada sorang rider terbang dan kepala langgar pokok....
Cikgu Sai antara orang yang terbang. Tapi tak langgar pokok, masuk semak je... menggigil la kaki lepas jatuh. Nasib baik tak teruk...bini bleh urut masa balik.
inilah sebabnya Cikgu terbang... downhill masuk lubang yang dalam. Selepas tu petugas diarahkan berkawal disitu agar takda rider lagi yang akan masuk lubang nie..
ni dia teknik downhill...punggong letak dibelakang, turun slope tak perlu tarik brek...selamat...
yang tak mahir je yang tak selamat....
BANGUNAN-BANGUNAN YANG MENARIK
Beli 1 percuma 1. Hanya terdapat di Kuale Kangsar !!!
rumah banglo...nie sah nak beli 1 pun tak mampu....
istana buluh.. kalau tak silap istana Iskandariah...
Team 1 KSCC telah tiba....Cikgu Saie, Mat Rozi, Hj Zamri, Abg Zul dan aku. Telah tiba anggaran masa 4 jam 20 minit !!! bravo... team 2 dan lain tak dirakam gambarnya....sory ekk
SUASANA JAMBOREE
labu sayung...paling popular di KK, siap ada demo acara buat lagi...
basikal-basikal yang unik...
pesta rider...
basikal impian semua rider...cabutan bertuah...
"alangkah indahnya kalau kita menang ekk cabutan bertuah tu"- mungkin inilah yang diperkatakan...
macam frust je...cantik jersey bro...wakil UiTM
johan wanita...
Johan lelaki...Hafiz Rosli, (No 1 di Nibong Tebal, Nombor 3 Langkawi XC)
..........cuba lihat lutut beliau... macam banyak kesan jatuh je....tu yang turut bukit macam terbang...
basikal champion...Ibis, group set KCNC.
otw balik.... kasihan si gadis...accident kot..
MAKAN-MAKAN DI PARIT 4, SEKINCHAN
Masa time nak balik, gang2 kami telah tinggalkan kami sebab kami pulangkan kunci huhuhuhu mana depa pi nie.... kami pun redah je balik ikut jalan dalam. Rupa-rupanya kengkawan lain ikut jalan highway.....
sampai di Parit 4, Sekinchan kami pi minum tepi pantai...sapa yang nak minum nilah lambangnya.....Kilang Pembuat Plastik Ocean Roto...jumpa kilang nie belok kiri (dari Sg Besar), terus jumpa T-juntion belok kiri, then belok kanan...terus jumpalah pantai....
murah-murah....macam tak caya... bukak hari Sabtu dan Ahad lepas tengahari...
mee kari + nescafe baru RM2.60.
karipap 25 sen satu.
pekerja 4 orang.... cun....
senyum pun manis... ^_^
riang ria....
walaupun pondok je... tapi ramai pelanggan....
sempat gak tengok matahari turun, bak kata orang putih SUNSET !!!....
Selamat berjumpa lagi di Jamboree Hulu Bernam pada 5 Disember 2010. Tapi rasanya KSCC akan race lagi nanti di sana. So gambar tak banyak le mungkin. Segala gurauan harap dimaafkan. Kalau ada yang terasa bagitahu k.
salam..saya nk tanya, group basikal ni boleh join ke? mcm mana cara nk join?
ReplyDeleteBleh je marina. Asal ada basikal bleh join our group.
ReplyDelete