Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, December 8, 2010

Jamboree Bernam Jaya - Effendi dan Ezlyn Juara

Rasa teruja betul untuk menyertai jamboree ni. Maklumlah dengar berita 100 rider pertama dapat medal siap ada nombor !!! tu yang berlatih setiap hari untuk target dapat bawah 100.


3 Disember 2010 goodies dah diambil dekat pejabat PKNS di Seksyen 7 Shah Alam. Kali ni dapat T-shirt yang cantik, stokin, beg, botol air dan topi. Ma cih penganjur...


tiba di Bernam Jaya petang Sabtu, banyak banner2 telah dibentang. Apalagi KSCC pun beraksi untuk kenangan.... kepada siapa yang tak kenal meh kita kenal kan... dari kiri Zulkifli, Saie, Hezeri, Zainudin, Aku, Azam, Zaidi (bujang lagi nie sebab tu tunjuk aksi hansem), Yap, Azril, Ilham dan Mat Rozi... jurugambar Saudara Ijass.


berpuluh banting dipasang sepanjang jalan.... banting dan banner nie jadi rebutan kepada rider setelah tamat program....lesap macam pisang goreng. Kami keluar jam 3:00 petang dah tak tinggal satu pun..ish ish ish... sampai hati korang tak tinggalkan untuk KSCC. Baru cadang nak ambik hahahah


malam timbang berat basikal... paling ringan 11.20kg Basikal Kona milik Abg Zul, yang lain purata 13 -15 kg !!


rider gian nak merempit... sampai kat dalam rumah pun race jugak...


pusing-pusing kat tapak jamboree....... cantikkan papan notis nie....


pagi sebelum gerak berdoa dulu... doa agar dielekkan kemalangan dan diberi kekuatan agar tidak tergolong daripada golongan yang Chicken Loop.....Alhamdulillah makbul... tak seorang pun yang join chicken loop....


member dari Sungai Besar Cycling Club. Basikal depa naik lori TNB lagi tu...kelas...


nun di sana permulaan dan penamat.... "Mula" memang best...tapi bila "Tamat" naik bukit tuuu..... dah letih bro, dah habis tenaga da...


seawal 7.40 pagi rider dan standby kat garis permulaan.. yang penat berdiri diorang parking basikal ganti diri....


.... yang baju hijau tu wakil tunggal Kakikayuh...Asmadi...cayalah bro..


pertama kali jamboree menyediakan sarapan pagi... sandwich, bihun goreng, pisang, sosej, teh tarik... terima kasih tukang masak...


rider dah tak perlu beli pisang untuk bawa kayuh.... banyak pisang telah disediakan...tinggal masuk dalam beg je...

disuapkan dengan jalan Tarmac.... Ada rider kayuh selaju 50km/j !!!
aksi saudara Ijass sedang mengambil gambar rider....


selepas anggaran 9km masuk jalan offroad... dihidangkan dengan Bukit Pisang.... masa aku mula mendaki, aku dengan bunyi radio daridapa rider Mat Radio sebelah aku.. "bola 1, bola 1 ... 2 rider telah melepasi check point 1 !!! maka rider lain kata "dorang nie Jin ke Manusia" ha....hahahahha power memang power !!!

SELINGAN 1 - Women Caught In Action


menangis ke ketawa ?


sandwich nie sedap bang....


pink dan bersinar....


ayu dan gagah...


Cik Da..... kayuh laju tu masa tarmac... ketinggalan jauh aku....tapi bila aku terserempak kat jalan offroad dia kata "dah nak pengsan !! sebab tenaga dah habis masa onroad kot...


termenung kenangkan sapa ? Tengah tunggu cik abang kayuh tak sampai-sampai lagi ke...

SAMBUNGAN.......


kat tempat nielah Minah yang kata sandwich nie sedap potong aku !!!! huhuhu.... aku menolak basikal kat tepi jalan, dia selamba je redah lecak tu... tercabar betul aku... tapi aku berjaya gak potong dia masa naik bukit lepas tu ..... lega....


redah sungai....


...... hai bersih baju bang...(cikgu azril je seluar kotor skit)... pakai ilmu apa tu...


rider nie temankan mat motorcross sampai tertidur....


aku tiba ke garisan penama pada jam 11:14 pagi...2 jam 44 minit, dengan mendapat nombor 98 !!! seluruh badanku kotor dengan selut, dapat bergambar dengan Encik Iswardy Pengurus PKNS merangkap orang kuat Jamboree...

Cikgu Saie tiba pada jam 11:22 pagi...dalam keadaan senyum yang tawar....


kerana hanger beliau patah.... kalau tak mungkin beliau dah potong aku dan aku dapat nombor 99 !!!

SELINGAN 2 - Man Caught In Action


nak kayuh ke atau nak jadi model basikal nie ???


tertawa walaupun kekejangan.... cayalah bang...


sedang bermimpi berbulan madu ngan bini....

SELINGAN 3 - Man And Women Caught In Action


berdiri jauh je..... berpandangan.....


yang dah kahwin...rapat dan mesra....


....dah lama kahwin...baby nak itut (ikut)....

SELINGAN 4 - Bangla Caught In Action

emmm kemas dan bergaya....bagus...

SAMBUNGAN......



permandangan yang jarang kita lihat !!! parking basikal di tengah jalan..


wajah ceria selepas tamat jamboree..


hebat PKNS... pelbagai air pilihan...Sirap Oren, Oren, Soya, Cendol, Milo ..... sedapnya...


makan tengahari pun bleh pilih...nasi ayam, nasi tomato atau rojak


VIP pulak makan kat tempat khas....

SELINGAN 5 - Khemah dan Pameran


khemah medic ...... kejang ke bang?


khemah penerangan Hulu Selangor...


alatan perkhemahan dan daki gunung...


DJ yang pandai berceloteh...sekali tengok macam ustaz sedang bagi ceramah....


peluang untuk test memanah...


Bowling kelapa...tapi kena baling ikut belakang...


main ular2 manusia...


tatoo badan...


dan.... tandas bergerak...

SELINGAN 6 - Cabutan Bertuah

idaman semua rider...Basikal Giant !!


11 frame (Raleight, Merida dan Fuji)

Basikal Raleigh, topi, botol air, dapur gas, cooker, kipas, helmet dll... bak kata orang jauh lebih meriah daripada cabutan bertuah di Selangor MTB Challenge !!! yang tak meriahnya kami semua tak dapat huhuhu... yang dapat cuma Nazri...tapi beliau tak hadir la pulak....melepas 3h 2m ke Langkawi !!!


tak dapat cabutan bertuah... aku dapat hadiah beg ni daripada Khemah Hulu Selangor ... Terima Kasih...

dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian Zainal Abidin.... Ezlyn turut memeriahkan suasana....

PEMENANG !!!

nombor 2... aku tak kenal da....

No 1, Nor Effandy Rosli (1 jam 50 minit).... bekas pemenang Perak masa race di Sukan Komanwel tahun 1998.


pemenang no 2 wanita (aku pun tak kenal da)

dan juara wanita...Ezlyn (3 jam).. tak sangka artis pun kuat kayuh... tahniah.


Artis Arash geng PujMac.... tapi beliau tak menang.....


kedudukan KSCC.... 3 orang bawah 200... bagus tu.. daripada takda..hihihi


abang Motorcross .....

inilah dia highway NKVE...


balik bergaya dengan baju Jamboree

oleh kerana nak makan kami singgah kat sini... dekat dengan exit Behrang menuju ke Tg Malim... dengar masakan kat sini sedap....

q bro....

baju jam 4:00 petang, periuk-periuk besar yang berisi ayam, kambing, daging dah hampir habis... kami datang je...terus habis... terpaksa Azam makan nasi goreng... nasibla bro...


sedapkan...

selamat tinggal Bernam Jaya... kat atas nielah tempat kami mula dan tamat....


Medal kesayangan.......... tak lupa diucapkan terima kasih kepada para rider yang telah melambatkan kayuhan (termasuk yang pancit) dan memberi medal nie kepada aku. Tanpa sumbangan kayuhan perlahan anda, aku takkan dapat medal nie... (nak kayuh laju lagi tak larat bro..dah tua hahahah)

Terima kasih kepada Penganjur yang telah menjayakan Jamboree ini. Aku bagi 5 bintang kepada anda. Bagi saya anda penganjur terbaik sepanjang jamboree yang pernah aku hadiri !!!!

Tak lupa .... gambar2 aksi masa kayuhan bukan daripada kamera aku sebab aku cuti tangkap gambar (nak dapatkan bawah 100 punya pasal).. so terima kasih kepada bro Khalid, Haitsan dan Ijass.

Lain-lain web
1. Kerteh Cycling Mountain Bike Team
2. Iyan Loser
3. Pujmac
4. video jamboree
5. ARB Cycling Team
6. Procity MTB
7. KayuhBeb Cycling Club
8. PKNSMTB
9. Prima Rider
dan lain-lain......

3 comments:

  1. tahniah dapat bawah 100......saya 300 kot dah cramp.basikal giant tu kawan saya (team kami) dapat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, ada gak member dapat basikal giant....team kami botol air pun tak dapat...aduhai....

    ReplyDelete
  3. nasib baik den domam....mase kt bernam jaya tu..jd ler....
    sori r brader june langgar jer lecak tu coz..mmg rase nk pengsan....tk mo turun basikal...sampai finishing terus rebah...degil nk kayuh gak..demam2...hahahahaa

    ReplyDelete