Kayuhan sempena Sambutan Perayaan Hari Belia Peringkat Negeri anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor.
Tujuan program ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti sukan berbasikal sebagai salah satu aktiviti sukan libur yang sihat. Diharapkan penglibatan para belia dalam aktiviti berbasikal akan bertambah mantap. KSCC sentiasa mengalu-alukan penglibatan lebih ramai warga tempatan dan para rider sekitar untuk bersama-sama memeriahkannya. Penyertaan adalah percuma, tak perlu bayar da..... Jom kita kayuh....
Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa Berkumpul : 7.00 pagi
Mula kayuhan : 7.30 pagi
Jenis Basikal : Road Bike, MTB, Touring, Hybrid, Utiliti, BMX (basikal Tua) Tandem, Recumbent,Beca Rodatiga. (Pemakaian helmet satu kemestian)
Tempat Berkumpul dan Mula : Pekan Lama Kuala Selangor, dekat Jambatan Kuala Selangor.
Jarak kayuhan : 20 km je !!!! (kalau tak puas kita sambung kayuh ke Taman Alam. Tapi rider kena bayar RM4.00 bro... tempat cantik, banyak burung-burung, nampak laut Kuala Selangor....dan paya bakau.... tak pun kayuhan tepian pantai Tg Karang..... )
Tetamu Khas : Menteri Belia dan Sukan mewakili Perdana Menteri.
Jamuan Ringan disediakan oleh penganjur.
* TERISTIMEWA :
Hadiah CABUTAN BERTUAH diadakan khusus untuk RIDER di akhir acara...(so jangan balik dulu da...)
ACARA INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGAYUH BASIKAL SELURUH NEGARA.
Cadangan Peta Laluan (subject to changes)
Peta Ke Lokasi Permulaan
Kalau bawa anak boleh x?
ReplyDeleteBoleh bro.. asal boleh kayuh dan keselamatannya dapat dijaga. Kalau ada rak di basikal yang direka khas boleh juga. Saya ada lihat seorang rider bawa anak semasa Hash di Elmina.
ReplyDelete