Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Thursday, June 24, 2010

Latihan Jamboree Lipis

Ahad, 20 Jun 2010, KSCC dengan penampilan rider-rider baru telah berlatih kayuhan offroad di Bukit Kapar. Seawal jam 6:30 pagi dah berkumpul dan bergerak menggunakan 4 kenderaan dengan kekuatan 15 orang rider. Satu jumlah yang ramai. Apatah lagi dengan menggunakan jersey baru "Merah Berani".


Sampai je Bukit Kapar, Geng Speed Ontell (SOT) dah siap tunggu. Aku terpukau dengan seorang rider SOT yang memakai rayban di atas. Mak dato' mahal nya..... RM700.00 tu... kalau aku dah beli crank XT tu. Tapi cantik kan...


Inilah antara jentera yang digunakan. Basikal diterbalikkan dengan boleh memuatkan 5 basikal !!!. Idea creatif.

Sarapan pagi di sponsor oleh saudara Azam.... Nasi lemak dan air oleh KSCC sendiri. Yang nie bukan aku punya da... ini orang dah makan sibuk nak setup basikal. Lupa nak kemas....

Kemunculan frame, fork dan wheel set yang baru... serba putih tuuuu.....Zaidi buat kejutan.... yang lain tumpang tengok je la....

Posing sebelum kayuhan... Kebanyakkan rider first time masuk offroad. ... maklumlah kat Kuala Selangor mana ada offroad berbukit.... 2 rider wanita...Zila (yang tepi sekali) dan Ieda (yang tengah pegang botol air tu)

Baru beberapa kilometer kayuh... ketika downhill Zila telah terjatuh.... aduh !!!! kasihan dia... sakit pulak tu... inilah asam garam kayuh MTB... jangan serik tau Zila. Beliau telah dibawa untuk rawatan....

Tinggal sorang je rider wanita....

Kayuhan diteruskan Menuju Puncak !!!!

tak larat macam biasa la bro... nolak...

siap siul siulan lagi tu...

yang kuat...say goodbye kepada yang lain...

Tibalah detik yang kehabisan air.... sapa ada air terpaksa kongsi-kongsi...

walaupun tinggal sikit ianya amat berharga....

yang tak dapat.... terbaring dan tersandar....

inilah barisan yang ketinggalan...... yang lain dah sampai puncak..

otw jumpa brother Halili dan Farouk (baju kuning) dari Damansara... cayalah bro... 2 orang je datang dari Damansara.... power...

yahoooo......dah tiba di Puncak... sms pakwe yee..... kawan sebelah ..jangan jeles tau....

ha hahahah...inilah wajah keriangan...... kami berjaya.....

berjaya...............

kat puncak disediakan berbagai kuih..ada donut, kuih keria, air hundred plus, air minum.... bayar je la... dah kenyang apa lagi ..posing la....

kami merasmikan trek downhill yang dibuat oleh profesional Bukit Cermin... trek nie baru je siap pagi nie... bangga beb.... dirasmikan oleh KSCC... tapi kami tolak n angkat basikal je...hihiihi tak berani da...

aku gagahkan untuk kayuh.... (sebab kat depan ada jurukamera... malu la kalau nolak turun bukit)

yang belakang turut kayuh...tapi hihih natijahnya jatuh maaaaa,.....

selamat dah..............

ya beda beduuuuuu....

kayuhan diteruskan, tapi yang nie je tinggal... yang lain dah ikut chicken loop.... 2 wira SOT dan 9 pahlawan KSCC...

sampai terlupa janji dengan bini nak balik kul 12:00 tengahari... sekarang dah pukul 2 petang...aduh.... apa nak jawab nieeeeeee...... nangis tak berlagu la gamaknya....

pada masa inilah baki makanan tu amat berharga...........laparrrrrrrrrrr........


kami balik dan sampai kuala selangor anggaran jam 3:00 petang. Bestttttt........ lain hari kami datang lagi...

nota : sebahagian gambar diambil daripada facebook Saudara Ahmad Nasir.... terima kasih sifu..

No comments:

Post a Comment