Seperti yang didebarkan, Malawati Hill MTB Challenge 2 telah diadakan pada hari Sabtu 17 Julai 2010. Kenapa digelar MTB Challenge...sebab kena pakai basikal MTB da.... dan tayar juga at least 1.8.... tapi jalan road je... hanya perlu pusing Bukit Malawati iaitu sekali pusing 1.24 km.
Ramai rider KSCC tidak dapat hadir...sifu jirannya ada kematian (takziah), Sa'i jadi ustaz kejap dengan menjadi Pengerusi Kem Solat !!! dan yang lain-lain juga ada hal yang tidak dapat dielakkan..... tapi challenge mesti diteruskan.....
Antara peminat yang telah hadir seawal 7:30 pagi !!! sanggup korbankan tidur di pagi Sabtu yang indah semata-mata untuk memberi sokongan dan menyaksikan pertandingan ini... syabas...
Pagi-pagi rider juga turut kegeliatan !!!!
tak lupa test basikal rider lain... ha yang nie beratnya 9.6 kg Specialized milik Saudara Kamal aka Gobet... 1 jari boleh angkat ma..
Sebelum race, doa dibaca oleh Abg Zul... mohon keselamatan...
Rider sedia untuk berentap bagi mendapatkan hadiah misteri !!!! Group KSCC, Kakikayuh, Speed Ontell telah menghantar peserta masing-masing..
Pusingan pertama dikuasai oleh Izwan diikuti oleh Kamal dan Arel...
dan yang akhir sekali Nasir.... Dia nie tengah terperanjat sebab baru nak habiskan 1 lap dah ada rider yang nak memotong !!!! lajunya...
ini dia yang mengejar Nasir tu... Pusingan Kedua masih didahului oleh Izwan dan diikuti rapat oleh Arel. Saudara Kamal telah tidak kelihatan !!!
oleh kerana laju dan tak berhenti pada check point, stiker telah terjatuh.. ha apalagi kutip la...
Hafizi dan Aku, kedua-dua masih tak sembuh dari demam sepenuhnya.... Hafizi berjaya menamatkan 5 pusingan dan terus berehat... aku..... teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan yang mendukacita...semput beb... nafas tak lancar.... sedih betul...balik tu terus gi klinik, doktor bagi gas lagi....first time pekena gas kat klinik sebab nafas tak lancar, demam dan kahak yang banyak.... Dr atau rider yang tahu bagaimana nak atasi masalah ni bagi la komen ye.... aku ada terbaca amalkan makan telur ayam kampung mentah + madu ori di waktu pagi.... tapi belum cuba lagi.....
SELINGAN 1 - AKSI PENONTON
Dianggarkan sejumlah lebih kurang 100 orang penonton telah menyaksikan pertandingan yang mengasyikkan ini..tapi gambar mereka tidak dapat diambil sebab jurukamera Saudari Anis selaku jurugambar pagi ni ( maaf gambar dia takda sebab dia tak ambil gambar sendiri ye) tak sanggup nak pusing Bukit Malawati dengan berjalan kaki semata-mata nak ambil gambar mereka... so sedikit jelah gambar penonton yang dapat diambil.....
Penonton 1 .........
Penonton 2..... antara yang hadir dan sukarela jadi penampal stiker... Terima kasih kepada Ummu dan Ina....
Penonton 3 - yang juga turut tidak ketinggalan..... sorak sakan !!!
SAMBUNGAN.....
AKSI RIDER.....
Apexs daripada Kakikayuh.org
Izwan.... dari SOT
Arel... juga dari SOT...
Abang Zul dari KSCC
Kamal dari SOT
Mereka-mereka kat atas tu bertungkus lumus nak kayuh laju.... yang kat bawah nie lak.... smart n steady...
Fairuz... aksi terbaik !!!!
Nasir wakil tunggal INPENS !!!
Zaidi (kiri).... pakai full sus lagi tu...berat ma...mana boleh kejar yang lain...
Izwan sejukkan badan dengan menyiram air free yang diterima.... petua sejukkan badan katanya.... emmm aku rasa nak praktikkannya ketika jamboree.... kat sana nanti biasanya banyak air free dapat......
TAMAT SUDAH 1 JAM....
Penyokong KSCC tak dapat menahan tangis kesedihan kerana takda seorang pun KSCC yang dapat nombor 1 hingga 3 !!!....
Ahli KSCC juga turut sebak !!!!
tapi rider...hihih riang ria je... happiiiii...
yang paling hapi ialah Arel mendapat No 1 dengan 21 pusingan... dapat hadiah misteri Wheel Set Fulcrum Racing Metal Zero bernilai RM3000, yang disampaikan oleh Aku sendiri
Kedua Izwan dengan 20 pusingan... hadiah misteri Spekmata Jawbon bernilai RM1000 yang disampaikan oleh Saudara Zul.
No 3 Saudara Kamal dengan 18 jumlah pusingan. Beliau menerima hadiah helmet Cratoni bernilai RM400 daripada Saudara Fairuz...tahniah..
Macam biasa..... ada hadiah untuk ahli KSCC yang menang....mendapat tempat no 1 diantara ahli KSCC dan no 4 keseluruhan... diumumkan Abg Zul.. beliau dapat 18 pusingan... tahniah !!! dapat glove Nike lagi tuu....aku hanya dapat 16 pusingan je.....
Aksi wajah gembira pemenang dan yang kalah .. :)
Akhir sekali pertunjukkan Downhill oleh Zaidi dan Rozie...
Zainuddin juga turut tidak mahu ketinggalan.. walaupun pakai hardtail.... akibatnya beliau telah terjatuh lagi.....takpa....ride must goes on....
Tamatlah sudah Malawati Hill MTB Challenge....kriterium Bukit Malawati yang mencabar..... Disamping kayuh...rider akan melihat keindahan panorama Bukit Malawati dan Kuala Selangor amnya.... bertemu lagi di lain masa untuk Cabaran Malawati Hill MTB Challenge ke 3 !!!! Hadiah Misteri menanti anda semua......
Nota - macam biasa bro - cerita ditokok tambah k....
Hadiah misteri tu tak termasuk dlm budget cyfu, apa-apapun SYABAS kepada pemenang yang telah berusaha dengan gigih.
ReplyDeleteKeep it up your challenging activities....all the best to your team En Nahar!! ;)
ReplyDelete