Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, March 16, 2011

Jamboree MTB Teluk Batik 2011

Ini adalah jamboree kali ke 2 tahun nie yang disertai oleh KSCC.... mengujakan kerana ada medal bernombor bawah seratus. Nampaknya sekali lagi ianya menjadi Jamboree Race ....


pendaftaran di Teluk Baik Resort.. ambik goodies. Goodies yang diterima adalah sebiji botol suntonic (kat rumah dah ada 4 !!!), 2 pek suntonic, beg comel, baju hijau (ala baju sukan PraSekolah Jais yang aku ada) dan sijil penyertaan.

Aku sungguh gembira dapat sijil penyertaan. Ianya akan menjadi bukti dan kenangan kepada anak dan cucu atok nanti ......


wakil kscc... jurugambar Cikgu Zaki.


suasana ambil goodies...memang meriah...


keluar je dari resort nampak ramai rider kumpul kat basikal nie... aku pun tumpang join. Emm groupset XTR, depan pakai Fox... depa kata tak kurang RM15k !!! betulke ha... ish ish ish mesti kayuh beza macam bawa mercedes dengan kancil kalau dibandingkan dengan basikal yang selalu aku bawa yang berharga RM0.9k.


wakil KSCC yang dah mufarakah MTB, namun beri sokongan dengan join pi ke Teluk Batik dan balik naik basikal road ke Kuala Selangor... Cikgu Nasir... syabas.


semangat nak kayuh...


100 orang je bro yang bakal dapat medal ada nombor...tu yang rebut tempat depan time start...


ahli keluarga yang turut memberi sokongan....


road anggaran 15 km (termasuk offroad pendek), sebelum masuk offroad sebenar kami dihidangkan dengan air suntonic... masuk je offroad jalan dah jam.... alamak nyesal tak ambik air suntonic banyak banyak...huhuhuhu...

kenapa la tak ada kaunter air suntonic kat atas bukit ......sedihnya..


dihidangkan dengan hiking yang panjang....nie gambar pandang belakang...


dan ini gambar pandang ke depan....teringat masa daki Gunung Berembun...


ada la sekelumit tempat mendatar...

Respek betul dengan penganjur Teluk Batik Jamboree, rupanya dorang layan bukit mencanak dan downhill mencuram... patut jadi kuat...

tengok... naik tolak...turun pun tolak.....huhhuhu....yang berani kayuh masa turun ramai yang berguling guling...antaranya wakil KSCC iaitu Cikgu Saie sendiri berguling-guling tinggalkan basikal kat atas bukit...dia pi guling turun bukit... nasib baik tak da apa-apa .....Dia ucapkan terima kasih kepada yang telah membantu dia masa jatuh. Orangnya katanya pakai singlet je, lepas jamboree cari tak jumpa.


sampai kat bukit batu...memang tak larat kayuh bro....nolak je.


rehat dulu...


takpun sms orang tersayang dulu....doakan abang takda apa-apa ye...


akhirnya aku tiba ke garisan penamat pada jam 10:10 pagi dengan nombor 183 !!!. Rekod nie.... Inilah jamboree paling cepat aku pernah sampai.... tengok meter baru 25 km. ....Sempat bergambar dengan gadis pemberi hadiah dan nombor ....

Cikgu Zul tiba pada jam 10.30 pagi di tempat 263 dan Cikgu Saie pada jam10.31 pagi ditempat 270.

SELINGAN 1 : BERTEMU KITA DI SINI....


inilah namanya berchating di facebook bertemu di Jamboree. Rosmah rider wanita yang gagah. Kali nie dia tak potong aku time naik bukit macam di Jamboree Nibong Tebal...tapi time road sampai ke sudah dia memang depan aku huhuhuhu lagi teruk hahahahaha....



Iswardy....kali nie aku berjaya kalahkan dia...itupun sebab tayar dia pancit time road...hahahahah nasiblah bro....

SELINGAN 2 : AYAH DAN ANAK


Hampir setiap jamboree saya berjumpa dengan keluarga ini. Respek kat ayah...kalau rider lain tolak basikal sendiri-sendiri tapi beliau tolak dua basikal !!!!


ayah dan anak dari ARB...

SELINGAN 3 : KEMALANGAN

Lumrah sukan lasak...kat hutan boleh accident....semoga cepat sembuh dan tak serik join MTB..


yang tak join MTB pun accident jugak...kat road..

sambungan.....

group yang semakin popular dan meningkat maju Sungai Besar Cycling Club (SBCC). Ramai anak muda ....semoga bertambah ramai menyertai SBCC, semoga KSCC juga bertambah meriah.


Cikgu Zaki ahli baru KSCC, pertama kali join jamboree, kaki kekejangan....basikal terpaksa tinggal dalam hutan dan penganjur bawa balik.

CABUTAN BERTUAH


mula yang sedap dulu...Cikgu Zaki menang yang nie...


agak mahal skit...


botol air pun ok gak...


inilah yang jadi idaman para rider...


grand prize... tapi rider tak minat sangat compare frame tu... tapi bak kata orang kalau tak ada kelapa, santan pun ok juga...

SELINGAN 4 : AKSI TIDUR


macam kat tilam empuk...


basikal jadi Jaga.


jaga hadiah..tup tup lena..

sambungan.....

saja nak tunjuk gambar belakang jersey Kuala Selangor Cycling Club (KSCC). Selalu pakai beg air...rider tak nampak....


toleh baru nampak....


tak pun intai ikut celah pagar (gambar ihsan hiroshi myo)

sambungan.....


seperti biasa acara cabutan bertuah...


member menang kawan tumpang gembira...


alhamdulillah aku dapat hadiah basikal tapi untuk anak..balik rumah bini punyala suka...dan dia kata "abang bila lagi nak pi jamboree???" ......

Ijass menang penginapan 2 hari 1 malam di Teluk Batik Resort.


pemenang tempat ke 3 lelaki

kedua...


dan pertama.. Ini rider wakil LeTua masa Le Tour de Langkawi. Takat road 15km apa adahal... kalau kalah malulah LeTua....

SELINGAN 5 : RUMAH INDAH


Antara rumah yang sempat dirakamkan semasa perjalanan pulang
nostalgia...................



cantik..

menarik...

Sambungan.....

acara dah berakhir...apalagi bungkus basikal la....


dan otw singgah ke Warong Pak Hamid pekena air Nira Nipah. KSCC makan nasi lauk kepala ikan RM12, lauk seekor sotong RM12, lauk 3 ekor udang galah kecil RM12. ...


medal kenang-kenangan...yang bawah seratus pun dapat medal macam nie gak tapi warna emas... tak lah jaki sangat...ingatkan depa dapat medal macam kat Bernam Jaya atau Nibong Tebal......

Terima kasih penganjur kerana bersusah payah menganjurkan jamboree ini. Kepada penganjur yang bakal menganjurkan jamboree cadangan janganlah road jauh sangat dan offroad pendek. Jarak minimun paling kurang 40 km, barulah rider puas kayuh datang dari jauh....

1 comment:

  1. haha org rumah dah sokong jamboree 100%..baguslah..

    ReplyDelete