Pada hari Sabtu ketika aku di Setia Alam terjumpa dengan geng kakikayuh. Mereka ajak aku pi ke RRI pada Ahad 10 Januari 2010. Dalam hati kata ini peluang. Tak perlu aku cari RRI trail, kayuh di RRI, peta kayuh di RRI dll yang seangkatan dengannya dalam internet.
Kumpul di jam 7:00 pagi. Tengok betapa hebatnya kakikayuh. Siap ada lambang di kereta, di basikal dan di baju. Semua basikal di letakkan di atas kereta. Hebat...hebat...
Singgah minum dulu di Jalan Paip.
Sampai ke RRI, letak kereta di depan Masjid, sebelah Caltex. Naik basikal menuju ke Sungai Buluh dan masuk ikut pintu gate tu...Sebelah pondok kecik tu pintu masuk ke RRI.
Perjalanan pada mulanya mendatar dan kemudian mendaki sedikit, terus je.. sampai jumpa simpang di atas kemudian ambik kanan.
Terus mendaki lagi jumpa simpang ini. Belok kiri dan kiri. Kalau dari gambar ni ambik jalan tengah tu, kita dari bawah (kanan sekali).
Mendaki lagi sampai jumpa jalan raya (gambar bawah). Kemudian belok kiri. Dan mendaki.
Jumpa simpang tiga belok kanan.
Akhirnya sampai ke puncak. Ada menara. Boleh panjat sampai ke bumbung. Dari atas boleh nampak lapangan terbang dan lain-lain.
Peserta rehat sebentar selepas sampai ke puncak. Ada trail kecil bersebelahan orang yang duduk rehat tu. Single trail downhill. Kegemaran semua orang. Oleh itu basikal yang paling sesuai untuk ke RRI adalah soft tail ataupun kita panggil full sus.
Sesi downhill yang menyeronokkan.
Wajah gembira setelah downhill.
Semasa rehat di bawah. Ada geng anggaran 40 orang. Ada yang pakai baju kayuh beb, ada yang dari roto x. Dan yang ini bekas jiran aku dari Taman Meru Aman. Namanya Ahmad. Tapi dia tak tegur aku ataupun bagi salam. Takpa lah. Ustaz kata orang yang mendatang bagi salam bukan orang yang didatangi.
Seronok kayuh dengan kakikayuh. Mereka satu group yang sempoi dan ceria. Mana-mana yang duduk sekitar Kapar boleh la join kakikayuh....
No comments:
Post a Comment