Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Monday, May 3, 2010

Jasin Jamboree - Ku sangka jersey rupanya T-shirt

Teringat aku Filem Ali Setan, yang memperkenalkan dan mempromosikan nama "Tipah"

Tipah tertipu bang!!!!!!!..................

Ruffedge pula kembangkannya dengan lagu ...
"Kisah tipah ini satu pengajaran;
yang buat kita fikir, oh oh oh oh oh""' ..... tipah tertipu lagi.... hihihihihi
aduhai...

Promosi Jersey yang diwar-warkan rupanya T-shirt. Adakah orang Jasin tidak dapat membezakan jersey basikal dengan t-shirt basikal. Untuk pengetahuan semua jersey basikal ada 3 kocek di bahagian belakang dan t-shirt tidak ada kocek..... itu aje...

sila layari jersey basikal untuk dijual seperti berikut :
bicycle buy n sell
juga yang ini kedua
di atas barulah dinamakan jersey !!!


Dah la tu.. kat belakang ada tulis nombor telefon Pro-Event lagi..besar-besar.... kat depan pun ada tulisan besar-besar.... siapakah gerangan pereka design t-shirt sebegini. Tulis nombor telefon besar-besar... ada rider nak telefon ke ketika kecemasan masa kat tengah kayuh kat
hutan... tak pun kat ladang kelapa sawit.. tup tup rantai putus..maka cal Pro Event Adventure mintak pertolongan kecemasan....

......brother ni kami jumpa kat melaka tengah isi minyak di Petronas..lihat belakang jersey dia...


Sorry yea penganjur Jasin.... takda niatku untuk menyinggung tapi untuk ingatan bersama penganjur yang akan menganjurkan jamboree.. kalau kata t-shirt pastikan diberikan t-shirt. Kalau tulis jersey pastikan ada 3 kocek di bahagian belakangnya !!! ok.....

No comments:

Post a Comment