Dering telefon ku berbunyi dan panggilan daripada Asri PujMAC. Katanya beliau berhasrat untuk berkenalan dengan rider tempatan dan pada masa ini kebanyakkannya rider daripada Utara yang dikenali. Aku terkejut juga, inilah kali pertama aku dihubungi oleh rider yang ingin kayuh bersama di KUALA SELANGOR..... 9 hb Mei 2010 tarikh dibooking.... kami kat KS bermesyuarat banyak kali..kat mana nak bawa..bukit takda...last-last kami dapat juga trek yang mengancam !!!
Pagi tu bini aku sediakan bekalan untuk rider...
Berkumpul seawal jam 7:30 pagi...aku pi repot polis bagitahu ada kayuhan ramai-ramai....dan ajak depa kayuh sekali... pagi tu ada 31 rider...
Speed Ontell menghantar 2 orang wakil (yang kiri sekali dan kanan sekali). Mereka kayuh daripada Bukit Kapar ke Kuala Selangor untuk join sama.... dan Geng Kuala Selangor buat pertama kalinya menghimpunkan seramai 14 orang rider !!!
Geng PujMAC...
Kakikayuh
Taklimat daripada Sifu alias Ijass sebelum kayuhan
Geng Kuala Selangor kyusuk dengar taklimat
yang lain...hihi faham-faham jelah........ sebab ada rider terbaru Kuala Selangor ...Ida....
ehemmmmmm........... dengar taklimat sifu???
Abang jurukamera ....import nie...
Sebelum kayuh hujan lebat...tapi kayuhan tetap diteruskan sebab orang datang dari jauh beb.... ada dari Banting..ada dari Puncak Jalil...jadi inilah akibatnya....bermain lumpur dan lecak...
Pasukan SWAT turut join sama...
anda bayangkan apa bila lihat gambar ini...
AKSI JUMPA AIR 1
Oleh kerana kayuh dalam lecak, bila jumpa air merupakan satu nikmat yang tidak dilepaskan...
......apalagi basuh da.......
ada yang masukkan dalam botol minuman.....
..senyum je bila jumpa air...teringat aku cerita cowboy.... eeee hhaaaa.
gosok bang.... kat depan ada lumpur lagi.... ada yang siap masukkan basikal kat dalam sampan tu.... tapi gambar nya tak dimasukkan sebab yang masukkan itu aku la hahahahahha sapa nak tanggap gambar ...kamera kat aku. !!!!
sambungan......
kayuhan diteruskan... fuuuuhhh nampak je jalan rata tapi...tanah ikut sama rider....akibatnya tak bleh kayuh...menyorong laa......
lihat macamana nak kayuh.... tersekat
akibatnya...Bob nya RD dah patah !!!! kasihannnnnn
terpaksa Bob ditemankan Yap ikut chicken loop... tapi oleh kerana gambar nak masuk blog maka aksi tetap aksi...Setelah aksi wrestling dipaparkan Bob angkat basikal dan jalan menuju jalan besar dengan gagahnya.... hihi tapi setakat 1o meter je la...basikal turun balik.... BERAT OOIIII!!! katanya... aku teruskan kayuhan menuju platon.
AKSI JUMPA AIR 2
... Di Kg Kuantan dah takda sampan...yang ada hanyalah air kat jalan raya.... pun digunakan sebaik mungkin...
tapi bila rider tak dapat kawasan air...maka terpaksa gunakan air minuman untuk basuh basikal.... adusss...inilah penangan kayuh di Kuala Selangor...
sambungan....
kami rehat 10 minit di tempat kelip-kelip Kg Kuantan... Cikgu Sa'i telah membawa bekal air minuman dan juga kek coklat yang bini aku buat pagi tu.... ada yang makan sampai 3 biji !!! lapar......
Destinasi diterukan menuju ke Kolam Udang...
Aboy dah tunggu di jalan masuk Taman Malawati Jaya (5 dari kanan) ...terima kasih kerana bagi sokongan...
AKSI JUMPA AIR 3
Rancangan kayuh ke Taman Alam dibatalkan kerana rider telah jumpa air yang banyak !!!! apalagi... 3 buah rumah telah diserbu untuk basuh basikal !!!, sekolah juga diserbu untuk mandi dan basuh.... 2 tempat car Wash penuh... sampai boss keluar..."ini compressor boleh guna 10 minit lepas tu kena kasi rehat " pesan tauke kedai
Car wash disebelah Petronas...
Car Wash di sebelah Caltex
yang ni pulak...cloth wash di rumah aku... ini gambar bilasan ke dua....macam masak dodol da....
Akhir kata...terima kasih kepada Pujmac, chengkau, speed ontell, Kakikayuh kerana sudi kayuh di Kuala Selangor. Maaf atas segala kelemahan kami... ada masa kami pulak yang bertandang di tempat tuan.....
Lain-lain gambar sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment