Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Tuesday, April 13, 2010

REPLY SMS OR CALL

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis pada malam nie sebab aku hantar sms pada siang tadi pada 10 orang kakitangan sekerja dan yang balas sms aku tu cuma seorang !!!!!

Aku kira kos aku -----> RM0.08 x 10 orang = 80 sen.

Dan aku kira kos orang yang reply sms aku --->kalau seorang reply maknanya seorang perlu keluarkan kos maksima 20 sen bergantung kepada jenis perkhidmatan yang mereka ambil.

Kadangkala aku tulis kepada group, dan kadangkala kepada individu. Sebenarnya jika mereka reply walaupun dengan perkataan "k" atau "tq" atau "y" atau boss aku selalu reply dengan perkataan "noted" bagi aku itu sudah melegakan hati aku.

Tetapi jika tidak reply, dalam hati terdetik perkataan "dah habis kredit ke", "tak pandai tulis sms ke" dan lain-lain lagi dan kadangkala terdetik dalam hati "hp dia hilang ke". Kecuali bos aku, beliau memang tak pernah balas sms...... dan itu memang aku faham.... tapi aku tahu beliau baca...dan kerapkali telefon aku bila aku hantar sms...thanks boss!!!!

Budaya call pula................... bila aku telefon sekali itu maknanya aku perlu bercakap....jika aku telefon dua kali.... its urgent, please call me back..... tapi sayangnya masih ada yang tak reply call walaupun dah call banyak kali !!! .... nasiblah labu....No

So kengkawan..... jadikanlah hidup kita berintegriti, reply sms bukannya bernilai 20 sen tapi sebenarnya ianya bernilai "persahabatan".

(Sila isi ruang komen untuk pandangan anda)

1 comment:

  1. err...nak post comment ker, nak call or nak sms...pening ni...hi hi hi dont worry..be happy bro...

    ReplyDelete