Pages

Laman Web Rasmi KSCC - http://kuscyc.com

Wednesday, April 28, 2010

Jelajah Malaysia di Kuala Selangor

Jelajah Malaysia, satu pertandingan basikal yang tertua di Malaysia. Bermula 27 April 2010 dari Kuala Selangor !!! tempat aku tu... mana tak bangga. Aku mohon cuti awal-awal semata-mata nak tengok rider yang power2.... bermula jam 10:00 pagi. Abg Zul juga turut serta bersama aku tak lepaskan peluang keemasan ini. Dua orang jelah wakil Kuala Selangor Cycling Club lihat JM ini.


Pertama jumpa dengan Rizal Tisin. Bangga beb dapat bergambar dengan jaguh.

rider Le Tua, ramai rider luar pakai basikal mahal.. bila ditanya ianya mencecah RM70k !!!

Barisan Polis Traffik yang bertugas

Inilah dia pasukan Selangor.. sekali aku tengok kerdil je.. jika dibandingkan dengan mat salleh pasukan Le Tua tu macam anak je rasanya...

Pasukan Malaysia

Pasukan Indonesia...

Sprinter... ada tulis time bila patut ready pecut..

Ustaz Asraf.. baca doa sebelum berlepas... yang seronok aku dengan antara doanya ialah "Ya Allah berilah hidayat kepada rider" Ameen.

First time aku tengok... rupa-rupanya tayar basikalpun ada handmade...

Pasukan dari Bruneri DarulSalam

Inilah dia basikal pasukan Selangor.... jenama Proton T-Sprint. Bila ditanya rider.. ramai yang pakai basikal sendiri... patutlah tak mahal macam rider lain tu..... tak pa ... kalau power adalah orang akan sponsor basikal...

Bertambah gembira sebab dapat jumpa dengan jaguh yang meningkat naik...Mohd Hafiz Sufian yang menang 2 medal ketika di Dubai baru-baru nie.. yang kanan pula Shahrin Amir yang menungguli acara Downhill dan XC ketika Selangor MTB 2010. Power.. Sabtu lawan Downhill, Ahad lawan XC dan Selasa pula 194km kayuh.. ....tak rehat tu

member Abg Zul


ready to kayuh

baca doa naik kenderaan dan keselamatan

suspen tunggu pelepasan

jurufoto terpaksa pakai motor besar untuk kejar pengayuh nie... kalau pakai motor kapcai tak terkejar... (macamana nak kejar sebab nanti polis trafik tahan sangka mat rempit)

kayuhan bermula

dan deruan rider mula kayuh... bila dorang dah lepas sampai simpang, tiba-tiba keluar lagi sorang rider... tercicir.. mungkin sakit perut kot.....

ahli pasukan..

dan peminat setia...tetap memberi sokongan dalam kepayahan


Selesai sahaja dorang pi...si genit-genit tampil untuk membuat persembahan kepada yang tinggal...



dimaklumkan mereka ni bekas juara masa di Italy...

No comments:

Post a Comment